RM36.017b kerugian akibat banjir dari 2002 hingga 2010

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagi menganggarkan kerugian untuk 10 tahun kebelakangan, dimaklumkan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kajian mengenai Updating of Condition of Flooding and Flood Damage Assessment in Malaysia yang bermula dari 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2023.

- Advertisement -

“Kajian ini masih dalam peringkat interim report,” kata Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menyatakan demikian dalam jawapan bertulis JPM kepada soalan Wan Razali Wan Nor [PN-Kuantan] di Dewan Rakyat, yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kerugian yang ditanggung kesan banjir di seluruh negara sejak sepuluh tahun lalu.

Menurut JPM, terdapat kajian terdahulu yang dihasilkan bagi mengkaji kerugian akibat banjir dari 2002 hingga 2010, sebanyak RM36.017 bilion estimated total annual damage yang direkodkan dengan merangkumi 10.1 peratus keluasan Malaysia.

“Jumlah penduduk yang terlibat adalah seramai 5,677,409 orang daripada 27,566,821 populasi penduduk Malaysia,” kata JPM lagi.

Menurutnya, manakala berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir Malaysia 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 28 Januari 2022 bagi kejadian bencana banjir dari 30 Disember 2021 hingga 27 Januari 2022, kos kerugian mencecah RM6.1 bilion untuk negeri Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -