Hakisan pantai ancam Hospital Kem Terendak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah hakisan di pantai Kem Terendak mengancam struktur hospital di kem itu, kata Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu).

“Saya telah bicara sebelum ini bahawa Kem Terendak sangat nostalgia. Ia dibangunkan pada zaman British. Kini berlaku masalah hakisan pantai.

- Advertisement -

“Bukan saja berlaku di Tanjung Kling, malah di Pantai Puteri, di Pantai Kundur dan juga melibatkan pantai Kem Terendak menyebabkan bangunan Hospital Angkatan Tentera Malaysia itu terancam,” katanya.

Bakri membangkitkan perkara ini semasa perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, perkara ini berlaku kemungkinan besar disebabkan akibat penambakan pantai dan perubahan aliran laut yang akhirnya berlaku hakisan yang sangat tinggi.

“Jadi kita minta supaya kerajaan dapat memberikan fokus yang lebih kerana saya melihat bajet ini pun tinggi, RM177 juta. Saya berharap agar dapat diberikan perhatian negeri Melaka,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -