Pusat sehenti bantu belia dapat maklumat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mencadangkan penubuhan pusat sehenti bagi membantu belia, terutama di luar bandar mendapatkan maklumat mengenai pelbagai skim bantuan yang kerajaan sediakan.

Menurutnya, pelbagai geran dan dana disediakan untuk belia tidak terhad hanya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tetapi juga di kementerian lain.

- Advertisement -

Sebagai contoh, katanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga menyediakan bantuan untuk belia yang mahu menceburi bidang pertanian.

“Namun, ramai belia di luar bandar tidak tahu bagaimana untuk memohon geran, dana dan bantuan di pelbagai kementerian,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu juga memberitahu bahawa ketika memegang jawatan itu, beliau telah berkunjung ke semua Jabatan Belia dan Sukan negeri.
.
“Saya dapati ramai Pegawai Belia dan Sukan dari skim perkhidmatan Sosial (S), kurang terbela dari segi kebajikan. Saya ingin tahu bagaimana dapat membantu mereka untuk melaksanakankan tugas dengan baik.

“Kebanyakan mereka mereka berada di luar bandar. Banyak cabaran dengan jarak antara satu tempat ke tempat lain agak jauh. Oleh itu, adakah mereka dilindungi insurans untuk perjalanan mereka,” katanya.

Beliau berkata, banyak juga perjawatan berstatus kontrak, malah ada yang bekerja sebagai kakitangan kontrak hampir 10 tahun. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -