Bukan semua ada akses bahan bacaan digital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menaik taraf perpustakaan desa di seluruh negara demi pendidikan komuniti memandangkan bahan bacaan secara digital tidak dapat dicapai di semua tempat.

Dr Halimah Ali (PN-Kapar), berkata berdasarkan pengalamannya ketika kecil, hanya dapat mengakses bahan bacaan seperti buku dan majalah di perpustakaan di pekan.

- Advertisement -

“Pengalaman saya, baca semua buku dan majalah dalam perpustakaan pekan semasa kecil. Walaupun kita sekarang boleh dapat bahan bacaan secara dalam talian dan sebagainya, bagi mereka di desa dan di luar sana, mereka tiada semua itu.

“Justeru itu, saya minta kerajaan menumpukan dan menaik taraf perpustakaan desa,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Dr Halimah meminta kerajaan menjelaskan jaminan keselamatan kepada anggota Rukun Tetangga.

Katanya, walaupun terdapat pertambahan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Pusat Rukun Tetangga, jumlah itu masih kecil.

“Berapakah anggota Rukun Tetangga dan jaminan keselamatan peronda sukarela ini? Berapakah Pusat Rukun Tetangga di Kapar dan adakah mereka diberi elaun?” katanya. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -