Kelantan model keharmonian kaum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelantan bukan sahaja boleh disaksikan keharmonian kaum, tetapi kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka juga perlu dipelajari.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, ini bermakna sempadan perkauman dan agama rakyat di Kelantan tidak disentuh.

- Advertisement -

Selain itu, katanya wakil orang Cina, India bahkan Orang Asal terdapat dalam pentadbiran kerajaan, sama ada lantikan di Pejabat Menteri Besar, urusetia seperti penerangan, penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan lain-lain boleh disaksikan di Kelantan walaupun mereka adalah golongan minoriti.

“Inilah legasi Tok Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat) yang tetap dipertahankan oleh pimpinan kerajaan di Kelantan pada hari ini,” katanya pada perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Rakyat, hari ini.

Ini menyebabkan beliau mempersoalkan adakah kerajaan berhasrat untuk menjadikan model keharmonian kaum di negeri Kelantan dalam usaha memperkukuhkan keharmonian kaum negara.

Pada masa sama, beliau meminta kerajaan menerangkan usaha di peringkat Persekutuan untuk mengukuhkan keharmonian antara kaum mengikut negeri. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -