PAS Kawasan Sik tubuh Cawangan baru ke-100

Warga emas tertua sertai PAS di Cawangan Banggol Dalam Jeneri

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH malam tadi di rumah Saudara Abdul Noh saya bersama 50 orang penduduk Kg Banggol Dalam, Jeneri dalam majlis penubuhan Cawangan baru PAS Cawangan Banggol Dalam.

Alhamdulillah, berlaku penghijrahan ramai bagi bersama menjadi ahli PAS di kalangan ahli-ahli veteran, orang-orang lama termasuk anak muda dari sebuah parti yang telah lama bertapak di kampung ini. Sebahagian mereka juga adalah yang belum menyertai mana-mana parti politik sebelum ini. 

Mereka yang bersama menjadi mengisi borang menjadi ahli PAS ini berkata bahawa masa depan mereka dan kedudukan agama, bangsa dan negara lebih terjamin di bawah naungan PAS. 

Alhamdulillah atas perkembangan PAS yang semakin bergerak maju menjadi wadah warga Sik khusus selepas PRU15 baru-baru ini. Penubuhan PAS Cawangan Kg Banggol Dalam ini  menjadikan ia Cawangan ke-100 buah Cawangan PAS di bawah PAS Kawasan Sik.

Lebih istimewa majlis malam tadi, seorang nenek Khatijah Bt Salleh yang berumur 85 tahun telah bersama menjadi mengisi borang menjadi ahli PAS Cawangan Kg Banggol Dalam. Borang beliau diisi oleh cucunya Saudara Abdul Noh yang juga dilantik sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Kg Banggol Dalam. Nenek Khatijah memberitahu saya, umurnya jika dikira secara tepat sudahpun menjangkau 105 tahun. Alhamdulillah beliau masih sihat dan sangat gembira dia dapat hadir majlis malam tadi dan dapat bertemu dengan anak cucunya yang tinggal bersama di kampung ini. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Nazri Yusof yang telah dipilih dan dilantik menjadi Ketua PAS cawangan Kg Banggol Dalam, Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan bersama seluruh ahli-ahli yang baru dan yang lama di Kampung Banggol Dalam untuk bersama menggerakkan PAS dalam medan siasah, kebajikan, dakwah dan tarbiah. 

Hadir bersama majlis, Haji Badrul Hisham bin Abdul Rahman, Setiausaha PAS Kawasan Sik dan pimpinan-pimpinan PAS setempat. 

“PAS For All” 
“Sik Sejahtera Berganding bahu Bersama”

YB USTAZ AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Ahli Parlimen Sik – HARAKAHDAILY 26/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -