Warga Kayang yang belum mengundi diseru tunai tanggungjawab

Ustaz Asrul Aimran dan isteri, Syazwani Abu Bakar selesai melunaskan tanggungjawab mengundi di Kayang, Kangar, Perlis pada 19 Nov 2022.
- Advertisement -

KANGAR: Berbaki kira-kira satu jam 30 minit, orang ramai khususnya penduduk Kayang, di Kangar, Perlis yang belum keluar mengundi, diseru agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

- Advertisement -

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, tempoh yang ada boleh dimanfaatkan penduduk untuk turun beramai-ramai mengundi bagi memastikan negara kita dapat diperintah dengan lebih baik.

“Sebelah pagi tadi, kita melihat ramai yang hadir. Setiap saluran kelihatan beratur panjang.

“Pada sebelah petang, nampaknya pengundi semakin berkurangan dengan keadaan hujan lebat yang turun di sekitar Kangar,” katanya ketika menyantuni pengundi di DUN beliau.

Menurutnya lagi, DUN Kayang mempunyai enam tempat mengundi iaitu Sekolah Dato’ Wan Ahmad,Sekolah Kebangsaan Panggau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali, Sekolah Kebangsaan Kayang, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi dan Sekolah Kebangsaan Ujong Batu.

“Setiap pusat mengundi paling sedikit ada tiga saluran manakala yang paling banyak lima saluran.

“Dengan tempoh berbaki ini, saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk turun beramai-ramai mengundi bagi memastikan negara kita dapat diperintah dengan lebih baik,” katanya.

DUN Kayang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Warisan. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -