Pertembungan dengan BN dalam PRU perkara biasa

- Advertisement -

PENDANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Parlimen Pendang, Dato’ Awang Hashim, menganggap pertembungannya dengan Barisan Nasional (BN) sebagai perkara biasa dalam setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).

- Advertisement -

Menurutnya, BN adalah saingan tradisi PAS, namun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN pula yang bersaing dengan BN.

Bagaimanapun, katanya pada PRU15, beliau dijemput hadir ke kubu-kubu BN yang sebelum ini tidak dapat ditembusinya.

“Perkembangan ini sangat baik dan saya mengharapkan sokongan itu dapat diterjemahkan di kertas undi pada hari ini dengan memilih PN,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pokok Tai di sini, hari ini.

Pada masa sama, Awang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengundi muda, terutama pengundi kali pertama yang memberi komitmen tinggi pada PRU15.

Katanya, antara pusat mengundi yang dilawatinya setakat jam 12 tengah hari, hampir separuh daripada 700 pengundi muda telah membuang undi.

“Ini suatu perkembangan baik kepada sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu mengundi di Sekolah Kebangsaan Pendang, kira-kira jam 8.20 pagi dan sehingga jam 1 tengah hari tadi melawat tujuh pusat mengundi sekitar parlimen Pendang. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -