‘Pengundi perlu sedar pelbagai isu rakyat angkara PH-BN’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengundi Kuala Kubu Bharu (KKB) diharapkan menyedari tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pelbagai isu yang mengelirukan dan membebankan rakyat yang tidak dapat diselesaikan walaupun memerintah di peringkat pusat.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni berkata, pengundi Kuala Kubu Bharu perlu menghantar isyarat perubahan kepada Kerajaan PH-BN pada 11 Mei nanti.

- Advertisement -

Menurutnya, ianya bermula dengan masalah ekonomi yang tidak dapat diselesaikan dengan berkesan mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Begitu juga masalah bekalan beras putih tempatan yang sehingga kini belum dapat diselesaikan.

“Kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan SST 8 peratus serta kedudukan Ringgit yang tidak stabil memberi gambaran jelas kegagalan Kerajaan Madani yang memerintah lebih setahun lalu.

“Keadaan ini yang ditambah dengan isu-isu lain termasuk isu integriti seharusnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB yang akan dilangsungkan pada 11 Mei ini berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong adalah suatu peluang baharu bagi kedua-dua blok PH dan PN.

“Kemenangan calon PH dengan majoriti yang tidak terlalu besar dijangka membuka ruang kepada PN (Perikatan Nasional) untuk mengalihkan sokongan masyarakat setempat kepada PN.

“Semoga masyarakat Kuala Kubu Bharu terus prihatin dan mengambil berat perkembangan ini dan bersedia menghantar isyarat awal kepada Kerajaan Madani,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2024

- Advertisement -