Amalan demokrasi di UK lebih baik berbanding Malaysia

Keir Stammer (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan petugas NHS di United Kingdom. (FOTO: The Labour Party)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Amalan demokrasi di United Kingdom (UK) dilihat lebih baik berbanding Malaysia daripada pelbagai sudut.

Penganalisis Politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, perbezaan politik tersebut meliputi antara UK dan Malaysia adalah dari segi kebenaran penganjuran program, penggunaan media rasmi kerajaan, pertemuan bersama akademi bola sepak nasional, pemberian peruntukan dan sebagainya.

Dalam muat naik di media sosialnya, Nurul Islam berkongsi gambar Ketua Pembangkang mewakili Parti Buruh, Sir Keir Stammer dalam struktur politik UK.

- Advertisement -

“Kalau dalam sistem Parlimen Malaysia kira Keir Stammer ini macam Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang mewakili Perikatan Nasional sebagai Ketua Pembangkang lah.

“Boleh dilihat, walaupun Stammer ialah Ketua Pembangkang,namun beliau boleh anjurkan program sama seperti Perdana Menteri juga.

“Dia boleh muncul slot radio dan TV BBC. BBC kalau di Malaysia ialah RTM; yang mana stesen TV dan radio milik kerajaan.

“Stammer juga boleh bertemu dengan akademi bola sepak England. Kalau di Malaysia macam akademi bola sepak FAM (Football Association of Malaysia).

“Dia juga boleh hadir bertemu pekerja NHS (National Health Service) di hospital besar di UK. Kalau di Malaysia, sama macam Hospital Kerajaan bawah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Dia tidak ketinggalan boleh bertemu dengan syarikat besar swasta di UK, tanpa syarikat tu terima tekanan dari kerajaan. Macam Ketua Pembangkang jumpa Telekom Malaysia atau Petronaslah.

“Parti Buruh terima dana politik daripada pihak kerajaan. Kalau di Malaysia, Perikatan Nasional (PN) diberi peruntukan oleh kerajaan untuk berpolitik.

“Semua Ahli Parlimen mempunyai akses kepada peruntukan dan agensi kerajaan di peringkat pelaksana. Kira kalau kat Malaysia, walaupun kerajaan negeri adalah bawah PH, Ahli Parlimen PN boleh akses peruntukan di peringkat negeri dan daerah,” terang beliau.

Namun realiti yang berlaku di Malaysia menurutnya, Ahli Parlimen Pembangkang dinafikan peruntukan, diintimidasi dan dipaksa untuk sokong kerajaan jika mahu diberikan peruntukan.

Tambahnya, Ahli Parlimen dan ADUN PN tidak dilibatkan sama dalam program dan juga aktiviti Kerajaan Pusat yang mana Ahli Parlimen, manakala ADUN PN tidak dijemput ketika Menteri menghadiri majlis tersebut berbeza dengan Ketua Bahagian parti pula dijemput.

“Ahli Parlimen dan ADUN PN tidak dibenarkan masuk premis Kerajaan Pusat seperti sekolah walaupun hadir untuk beri bantuan. Kerajaan Negeri PN disekat royalti dan peruntukan pembangunan.

“Kerajaan Negeri PN dibayangi oleh agensi Pusat yang cuba menyaingi kerajaan negeri dengan peruntukan pusat. Media arus perdana dikawal oleh Kerajaan Pusat dan liputan untuk Ahli Parlimen, ADUN dan Kerajaan Negeri PN sangat sedikit.

“Intimidasi kepada penyokong pembangkang melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan agensi penguatkuasa. PMX (Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim) bercakap pasal kemasukan pelabur kerana kestabilan politik.

“Nak stabil macam mana kalau Kerajaan Pusat setiap nafasnya mengutamakan kepentingan politik dari membangunkan negara.

“PMX janjikan perubahan ketika dia jadi pembangkang. Janjikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, janjikan Royalti untuk Kelantan Terengganu, janji akses media dan pelbagai lagi janji,” tegas beliau.

Namun menurutnya, bila PMX berkuasa, mula melupakan segala janji perubahan dan sebab itu mantan Naib Presiden PKR, N. Surendren sendiri berkata, PKR sudah mati moral kerana gagal melaksanakan segala janji perubahan dibuat.

“Dulu dia ditekan lawan politik, sekarang dia menekan lawan politik. ‘The oppressed, becomes the oppressor’. Nak harap pelabur masuk sebab kestabilan politik di bawah Kerajaan Madani? Ibarat tunggu kucing bertanduk, keli bersisik lah kau orang,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2024

- Advertisement -