Pembantaian Palestin: Malaysia mesti terus peduli

Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan
- Advertisement -

SIRI pembantaian Palestin terus berlaku hari ke-210 sejak Taufan Al-Aqsa bermula. Kesan perang ini adalah mendalam untuk warga Palestin dan menuntut kepedulian yang berterusan daripada umat seluruh dunia.

- Advertisement -

Pelbagai drama terus berlangsung sepanjang peperangan ini berlaku.

Drama rundingan, genjatan senjata dan sokongan terus berlaku.

Sedangkan pemimpin dunia boleh menangani isu ini dengan lebih berkesan jika menolak kepentingan kuasa dan ekonomi.

Di pihak Malaysia, Pertubuhan Ekpresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) menghargai kelantangan para pemimpin terutama pihak kerajaan yang meneruskan kecaman terhadap sikap Israel serta penyokong mereka.

Suara ini selari dengan nada pemimpin di segenap lapisan serta disambut oleh warga Malaysia yang sangat peduli akan isu ini.

Dengan angka korban telah melebihi 34,000 orang mangsa, Anak Malaysia menyambut sepenuhnya seruan untuk turun bersama-sama ke Himpunan 100K Bela Palestin dengan berbaju Melayu sebagai tanda solidariti bersama saudara kita di Palestin.

Semangat para mahasiswa daripada 30 universiti di Amerika Syarikat yang secara terbuka menyokong perjuangan Palestin untuk dibebaskan secara mutlak, wajar menjadi jentikan kepada kita disini untuk terus bersuara.

Oleh itu, ayuh kita turun beramai-ramai pada 4 Mei 2024 di hadapan Keduataan US di Kuala Lumpur.

Kita tunjukkan bahawa kepedulian kita bukan bermusim dan kita akan terus menuntut Palestin yang merdeka serta berdaulat.

Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan
Pengerusi
Pertubuhan Ekpresi Anak Malaysia (Anak Malaysia)
4 Mei 2024 – HARAKAHDAILY 4/5/2024

- Advertisement -