Aidilfitri Anak Kedah Di Perantauan ‘hangat’

- Advertisement -

SHAH ALAM: Majlis Aidilfitri Anak Kedah Di Perantauan bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mendapat sambutan hangat.

Majlis dihadiri ribuan anak-anak perantauan Kedah khususnya sekitar Lembah Klang itu diadakan di Dewan Ideal Convention Centre (IDCC), di sini hari ini.

- Advertisement -

Sanusi bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh tiba kira-kira jam 12:00 tengah hari, manakala dewan mulai dibanjiri pengunjung seawal jam 10:30 pagi.

Pelbagai menu khususnya makanan utara seperti peknga, laksa utara, nasi gulai riyas pisang termasuk nasi daging, ketupat dan rendang serta kuih-muih dan disediakan kepada pengunjung.

Majlis malah turut dimeriahkan lagi apabila setiap kanak-kanak yang hadir diraikan dengan pemberian duit raya oleh pimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Menteri Besar pada ucapannya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anak-anak rantau Kedah yang sudi meluangkan masa hadir pada majlis tersebut.

Sempena majlis berkenaan, beliau turut merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Anak Kedah Darul Aman Di Perantauan, atau singkatannya HANDAL.

Penubuhan NGO ini dihasratkan untuk menjadi platform bagi mengumpul anak-anak rantau negeri itu dalam hubungan sesama mereka dan negeri Kedah.

Majlis turut dihadiri, Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen dan lain-lain. РHARAKAHDAILY 1/5/2024

- Advertisement -