PH boleh ‘mati’ tanpa bantu nisan seperti UMNO jika…’

Afnan Hamimi pada Majlis Pelancaran Misi 4-0 Jentera Pemuda Perikatan Nasional Selangor, di Kuala Selangor pada malam tadi. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

HULU SELANGOR: UMNO telah mati tanpa batu nisan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang lalu di empat negeri; dua di utara dan dua lagi di pantai timur.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, UMNO turut hilang sejumlah kerusi yang besar di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di negeri Selangor.

- Advertisement -

“Sebab apa? Sebab UMNO membuat perangai, menganggap jentera-jentera kerajaan macam jentera parti politik.

“UMNO boleh masuk mesyuarat daerah dan mengarahkan pegawai daerah membuat sekian sekian (itu dan ini)… UMNO boleh guna jentera kerajaan, premis kerajaan termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),” katanya.

Tambah Afnan, jika Pakatan Harapan (PH) mengulangi tindakan apa yang dilakukan oleh UMNO, PH juga boleh ‘mati’ sama seperti apa yang dialami oleh UMNO.

“Oleh kerana mereka (sekarang) dalam Kerajaan Perpaduan, mereka akan sama-sama sehidup semati,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Misi 4-0 Jentera Pemuda Perikatan Nasional Selangor di sini, malam tadi.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pemuda PN Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri; Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Fadzilah Kamaluddin; dan Setiausaha Armada BERSATU Malaysia, Faiz Rahmad.

Dalam pada itu, beliau yakin orang-orang muda di Malaysia, khususnya di Kuala Kubu Bharu (KKB) pandai menilai dan menyuarakan pandangan mengenai isu-isu semasa yang berlaku.

Namun, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan yang menyekat kebanyakan akaun sosial media rakyat Malaysia khususnya di TikTok jika mereka menyuarakan pandangannya.

“Ketika kamu jadi pembangkang, kamu perjuangkan kebebasan bersuara. Rakyat tak boleh dikongkong, media kena bebas,”

“Tetapi hari ini apabila rakyat bersuara, kamu suruh diam. Takkan nak masuk pilihan raya kecil, tak payah bercakap, senyap sahaja?” soal beliau.

Oleh yang demikian, beliau menggesa pengundi-pengundi di KKB khususnya orang-orang UMNO agar mengundi Perikatan Nasional bagi memberi mesej kepada pemimpin UMNO di Putrajaya bahawa KKB menolak apa yang telah dilakukan oleh mereka.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pemuda PN Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri; Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Fadzilah Kamaluddin dan Setiausaha Armada BERSATU Malaysia, Faiz Rahmad. – HARAKAHDAILY 25/4/2024