PRU15: Simbol bulan di Kelantan, Terengganu, Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan kewajiban mengundi dan memilih pemimpin yang mampu memerintah negara dengan harapan pengundi akan memilih Perikatan Nasional (PN). 

- Advertisement -

Menurut beliau, pada PRU15 ini di negeri-negeri yang PAS kuat yakni Terengganu, Kelantan dan Kedah, simbol bulan akan digunakan dan negeri lain terserah kepada keputusan untuk memakai simbol PN. 

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan Kuliah Dhuha yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook beliau dari Pantai Kelulut, Marang, sebentar tadi. 

“Yang pentingnya kita nak ajak semua rakyat yang Islam, yang bukan-Islam tolak pemberi rasuah, tolak penerima rasuah, tolak yang berat nanang, tolak yang keruh. Pilih orang hat yang nak menjernihkan keadaan, ini. Sebab itu kita ambil sikap itu,” ujarnya. 

Terdahulu beliau menegaskan tanggungjawab mengundi adalah fardu ain ketika ini yang disandarnya dari tindakan Rasulullah SAWmenegakkan Kerajaan Islam dengan mengerah Sahabat-sahabat RA daripada Makkah berhijrah ke Madinah. 

Malah, rancangan mengerjakan umrah juga ditangguhkan Nabi dan berlakunya perjanjian Hudaibiyah walaupun ketika itu sudah memakai ihram sehingga hal tersebut menimbulkan kemarahan para Sahabat RA. 

“Nabi tangguh umrah, tangguh umrah kerana apa? Kerana politik. Perjanjian Hudaibiyah ni memberi kemenangan politik pada Islam. Bila orang Islam terima perdamaian bermakna Quraisy mengiktiraf Madinah sebuah negara yang sah. Kalau tidak dia tak berunding. 

“Oleh kerana kemenangan politik, Nabi tangguh umrah. Ooh dak boleh mengundilah, beli tiket dah, Haji ni, umrah ni wajib Mudhayyat, wajib Muwassa’. Muwassa’ ini wajib yang boleh ditangguh. Kemudian wajib Mudhayyat wajib yang serta merta. Belajar serta merta, buat serta merta dulu.  

“Yang Muwassa’ kita kena tangguh dulu. Ambil mana jangan buat umrah pergi undi ni? Undi ini perkara dunia, ha perkara dunialah. Tapi malaikat dia cara belaka. Ke malaikat tutup buku? Kita sembahyang saja malaikat tulisnya?  

“Kita niaga itu buat apa, malaikat tak tulis? Buat tak tahu ikut pandai mulah. Dak, malaikat tulis semua. Termasuk pilih pemimpin, lantik pemimpin, pilih kerajaan, sokong kerajaan. Malaikat tulis semua hari kiamat itu hok kita cakapnya, habis tulis belaka. Kena sedar,” jelasnya. 

Beliau juga memetik kisah pemilihan pemimpin sebelum pemakaman jenazah Rasulullah dan juga pentingnya umat ini mengetahui warna pilihan untuk mengangkat pemimpin. – HARAKAHDAILY 14/10/2022

- Advertisement -