An Nakbah bukan setakat memperingati

- Advertisement -

TANGGAL 15 Mei 1948 menjadi detik hitam berpanjangan buat umat Islam. Hari malapetaka yang membawa pengisytiharan negara haram Israel ini digelar An Nakbah.

Bertitik tolak daripada tertubuhnya negara haram Israel, akhirnya mereka berkembang dengan menjarah juga menjajah secara rakus dan kejam terhadap bumi Palestin.

- Advertisement -

Kini konflik perang dan penaklukan Israel terhadap Palestin dengan misi mewujudkan Israel Raya telah mengakibatkan hampir 35,000 rakyat Palestin terbunuh dengan ribuan rakyat Palestin masih lagi hilang.

Tidak cukup dengan itu, segala resolusi dan undang-undang antarabangsa dipijak oleh Israel dan mereka dengan bangganya mengebom hospital serta menyekat bantuan makanan supaya anak-anak dan kaum wanita yang tidak turut berperang, mati kelaparan.

Justeru, di hari memperingati peristiwa An Nakbah ini, marilah kita bersama bersatu atas dasar Islam. Kita berpadu atas konsep kemanusiaan sejagat.

Tanpa mengira sempadan politik, agama, bangsa dan kaum, tunjukkan solidariti kita terhadap Palestin dan desakan buat Israel serta sekutunya melalui boikot, menghentikan pelaburan dan urus niaga serta mengenakan sekatan juga tindakan tegas negara dari sudut perundangan antarabangsa pada jenayah genosid.

Dalam masa yang sama, penerangan dan peringatan mesti diberikan tanpa henti kerana masih ada segelintir pihak yang tidak cakna terhadap isu ini.

Setiap titis darah yang mengalir di sana, menyakitkan hati kita di sini.

Rakyat Palestin adalah saudara kita. Menjaga hak mereka itu juga urusan kita.

Mohammad Rosharizan Bin Mohd Rozlan
Pengerusi
Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) – HARAKAHDAILY 16/5/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -