Netizen terharu peserta India sukarela bertudung

- Advertisement -

Oleh ZULHAIDI MANSOR

ARAU, Perlis: Perkongsian video yang memaparkan satu peristiwa yang menyentuh perasaan apabila seorang gadis warganegara India memakai tudung ketika membuat persembahan untuk kategori poomsae di Kejohanan 5th Gewinn Unimap Malaysia Open International Taekwando Championship baru-baru ini, membuatkan netizen terharu.

Pemilik video TikTok @idaidzan menceritakan dalam videonya, suaminya ditanya oleh seorang lelaki (berbaju hijau) dari India, lelaki itu bertanyakan adakah sesiapa yang boleh meminjamkan tudung kepada anak perempuannya kerana anaknya begitu teringin memakainya.  

- Advertisement -

Kemudian kata pemilik TikTok berkenaan, suaminya bertanya kepadanya lalu dia segera mengambil tudung miliknya di dalam kereta kerana dia membawa ekstra, lalu diberikan kepada gadis warganegara India itu.

“Masya-Allah, dia pakai tudung masa perform poomsae. Segaknya,” kata pemilik akaun tiktok  berkenaan dalam video itu. 

Menurut pemilik akaun TikTok @idaidzan itu lagi, dia menghadiahkan tudung tersebut kepada peserta dari India itu.

Paling istimewa ialah apabila hasrat gadis tersebut memakai tudung mndapat restu kedua-dua ibu bapanya. 

Rupa-rupanya bapa kepada peserta dari India itu merupakan Master Taekwando dari India, yang rupanya persis pelakon terkenal Bollywood, Sunil Shetty. 

Video perkongsian aplikasi TikTok itu tular di media sosial dan mendapat perkongsian lebih 320,000 pelayar dan mendapat 37,000 tanda suka. 

Kebanyakan netizen memuji imej peserta india itu memakai tudung dan ada yang mendoakan agar dia memperoleh hidayah, dibukakan hati nurani untuk memeluk agama Islam.

“Ya Allah tak sedar air mata aku menitik. Rasa sayu. Cantiknya dia bertudung.

“Cantik, semoga hidayah milikmu,” kata netizen di ruangan komen TikTok. 

Semoga gadis itu  itu mendapat hidayah dan menghayati ajaran agama Islam  sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 56 bermaksud “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. – HARAKAHDAILY 8/9/2022

- Advertisement -