Fokus kekalkan kerajaan berteras penyatuan ummah

- Advertisement -

PAS Negeri Perak terus fokus agenda penyatuan ummah Melayu-Islam bagi memastikan episod suram pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan tidak berulang. 

Agenda satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) menjadi fokus utama dengan usaha menyatukan kesemua parti politik Melayu-Islam terus dipergiat.

Walaupun dalam ketegangan situasi politik dek kerana nada beberapa pemimpin politik yang sinis dengan usaha penyatuan ummah ini, PAS terus konsisten membawa keseimbangan dan ketelusan kepimpinan melalui dasarnya yang teguh iaitu ‘Adil Untuk Semua’. 

Parti politik Melayu yang lain dilihat menyasarkan mata mereka kepada PAS kerana merasakan tindakan PAS mampu menstabilkan keharmonian Keluarga Malaysia.

Seruan ‘Islam Menyatukan Ummah‘ akan terus dilaungkan sehinggalah semua parti politik ini sedar bahawa dasar Islam itu boleh diterjemahkan secara nyata dan diterima pakai oleh semua tanpa mengira agama, bangsa, dan fahaman politik.

PAS Negeri Perak menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat dengan memastikan agenda penyatuan ummah di Negeri Perak akan terus diperkasa.

YB USTAZ KHALIL YAHAYA
Ketua Penerangan 
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 21/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -