Pelancaran PN Kelantan catat sejarah luar biasa

- Advertisement -

TANAH MERAH: Sangat hebat dengan kehadiran luar biasa pada himpunan sempena pelancaran Perikatan Nasional (PN) peringkat negeri Kelantan di sini, hari ini.

Orang ramai memenuhi segenap ruang padang Majlis Daerah Tanah Merah dengan kehadiran pemimpin utama PN Pusat dan negeri Kelantan.

- Advertisement -

Malah ramai menganggap ia mencatat sejarah dengan kehadiran lautan manusia ketika riuh rendah Pilihan Raya Umum ke-15 didesak diadakan segera.

Menteri Besar Ustaz Dato Bentara Ahmad Yakub berkata, beliau begitu terharu dengan lautan manusia yang dianggap pertama selepas PRU14 kira-kira empat tahun lalu.

Katanya rakyat harus diingatkan kerajaan yang sekarang ditadbir PN di mana sebelum ini diterajui Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Saya begitu terharu di atas kejayaan pihak penganjur yang berjaya menghimpunkan lautan manusia pada majlis ini,” katanya pada pelancaran PN Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Muhyiddin, Setiausaha Agung PN Dato’ Hamzah Zainuddin. Ketua Srikandi Malaysia Dato’ Seri Rina Harun, Pengerusi Bersatu Kelantan, Dato’ Kamaruddin Mohd Noor dan pimpinan PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 2/7/2022

- Advertisement -