Haji 2022: Larangan masuk ke Makkah untuk ekspatriat berkuat kuasa

Golongan ekspatriat tanpa permit masuk tidak akan dibenarkan memasuki Makkah bermula 25 Mei 2022. (FOTO Saudi Gazette)
- Advertisement -

MAKKAH: Larangan masuk ke Makkah bagi golongan ekspatriat tanpa permit telah mula berkuat kuasa pada Khamis (26 Mei).

Jurucakap Keselamatan Awam, Brig. Jeneral Sami Al-Shuwairekh berkata, ia adalah selaras dengan pelaksanaan arahan berhubung kawal selia ibadah haji tahun ini.

- Advertisement -

“Mengikut arahan ini, hanya ekspatriat yang mendapat permit masuk ke Makkah akan dibenarkan masuk ke kota suci itu mulai Khamis, 25 Syawal bersamaan 26 Mei. 

“Mereka boleh mendapatkan permit daripada pusat kawalan keselamatan di pintu masuk ke Makkah,” katanya.

Menurutnya, semua kenderaan dan penduduk yang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan akan tidak dibenarkan memasuki Makkah.

“Dokumen berkenaan termasuklah permit masuk untuk bekerja di tapak suci yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, permit kediaman (iqama) yang dikeluarkan dari Makkah, permit umrah dan haji,” katanya. – SAUDI GAZETTE

- Advertisement -