Sinikal ‘Isley’ hanya akan memakan diri

- Advertisement -

LUCU. Baca naratif menyalahkan pengundi perantau yang balik mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan. Seolah-olah meninggalkan rakyat Kelantan ‘derita’ di bawah Kerajaan PAS.

Walhal PRU14 yang lalu, ramai perantau yang pulang berikan undi kepada Pakatan Harapan (PH). Akibat terpengaruh dengan gelombang PH.

Ertinya, yang mengekalkan PAS di Kelantan adalah rakyat Kelantan sendiri, tambah dengan undi perantau yang memahami hasrat rakyat Kelantan. Kenapa rakyat Kelantan nak PAS juga? Itu kena tanya rakyat Kelantan.

Dan, permainan istilah ‘Isley’ (Islam) dengan konatasi memerli dan merendahkan orang Kelantan adalah tindakan yang memakan diri.

Orang Kelantan, kalau kau buat perli ‘Isley’ macam tu, dari dia rasa nak marah pada Kerajaan Kelantan, dia boleh berubah mempertahan Kerajaan Isley yang kau buat perli.

Maaf. Suatu perbandingan bodoh, “demo nok ‘Isley’ ko nok air?”. Denyut nadi rakyat Kelantan ni sanggup bergolok bergadai demi Islam. Rela diseksa demi Islam.

Setakat duk banding perihal air yang jarang-jarang sangat bermasalah dengan agama suci Islam. Mudah sahaja dikahakkan air itu.

Jadi teruskan guna istilah ‘Isley’ tersebut. Kalau boleh bagi teruk lagi hingga timbul simpati yang lebih besar. Gitew.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 5/5/2022

- Advertisement -
- Advertisement -