Hishamuddin positif Covid-19 – Pejabat Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah disahkan positif Covid-19.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataannya di sini pada hari ini mengesahkan mengenai perkara tersebut berkata, Hishamuddin yang telah menerima dos penggalak akan menjalani pengasingan selaras dengan peraturan semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

- Advertisement -

“Beliau telah menjalani ujian reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) dan ujian sendiri melalui ujian pantas antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian RT-PCR dan menerima ujian negatif adalah pada hari Jumaat, 18 Feb lalu,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Hishammuddin akan terus memantau dan meneruskan tugasannya sepanjang tempoh pengasingan.

Dalam pada itu, beliau juga  menulis di Twitter miliknya: “Alhamdulillah (Segala puji bagi Tuhan), saya dalam keadaan baik pada masa ini.” – HARAKAHDAILY 22/2/2022

- Advertisement -