Iman mempunyai sifat syumul

IMAN mempunyai sifat syumul, yakni sempurna dan lengkap dalam tiap-tiap rukunnya. Kita hendaklah membenarkan dan mempercayai setiap rukun tersebut secara ijmal (ringkasan) dan tafsil (huraian).

Advertisement

1. Beriman dengan Allah SWT

Beriman dengan kewujudan-Nya, sifat-sifat-Nya, nama-nama-Nya, dan perbuatan-perbuatan-Nya menurut jalan-Nya yang sebenar.

2. Beriman dengan malaikat

Beriman dengan sifat-sifat mereka seperti tidak lelaki dan tidak perempuan, dijadikan daripada nur, tidak makan dan tidak minum, serta tidak derhaka kepada Allah SWT.

Beriman dengan malaikat yang disebut nama secara tafsil ataupun tugas-tugas mereka.

3. Beriman dengan kitab

Beriman dengan semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran, termasuk Suhuf Ibrahim dan Musa AS. Al-Quran menasakhkan kitab-kitab yang terdahulu.

Beriman dengan segala yang terkandung dalam al-Quran berhubung dengan aqidah, syariah, kisah, serta perkara yang ghaib seperti jin, malaikat, syurga, neraka, dan lain-lain.

4. Beriman dengan rasul

Beriman dengan sifat-sifat para nabi dan rasul yang wajib, mustahil, dan harus.

5. Beriman dengan Hari Akhirat

Beriman dengan tanda-tanda kiamat, sama ada yang besar ataupun yang kecil dan segala mukadimah kiamat seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

6. Beriman dengan qadak dan qadar

Beriman dengan segala ketentuan Allah sama ada baik mahupun sebaliknya.

Kuliah Dhuha Jumaat, 4 Jumada al-Akhirah 1443 – HARAKAHDAILY 8/1/2022