Exco Selangor maki pegawai kerajaan: Bila cacing naik ke mata

- Advertisement -

VIRAL semalam sebuah rakaman video mengenai bagaimana beberapa orang pegawai JPS dimaki oleh Exco Selangor YB Ganabatirau (DAP Kota Kemuning) di lokasi bermasalah berkaitan dengan perparitan. Makian, kata-kata kesat dihamburkan kepada para petugas JPS yang turun ke lapangan, dipercayai ianya dalam kawasan ADUN berkenaan.

Bila cacing naik ke mata, itulah jadinya. Pepatah Melayu itu punya erti yang sangat mendalam bagi menggambarkan betapa sesuatu penyakit apabila ia sudah bertapak lama dalam tubuh badan akhirnya akan naik ke tempat yang tinggi dan penting iaitu mata. Bila sudah sampai ke mata alamat parahnya jadinya.

- Advertisement -

Memilih pemimpin yang tidak kisah mengenai adab adalah suatu penyakit. Apatah lagi apabila pemimpin itu tidak merasa tergugat di kedudukan mana dia berada. 

Dalam masyarakat Malaysia maki hamun bukan budaya kita. Sebab, ia bukan budaya murni. Maki hamun tidak beradab.

Sekalipun anda punya jawatan yang tinggi, maki hamun bukan caranya untuk menegur, apatah lagi untuk memperbaiki kesalahan seseorang.

Kepada anak sendiri pun, maki hamun bukan jalan yang betul untuk menegur apatah lagi pegawai kerajaan. PAS Bangi mengecam keras tindakan YB berkenaan.

Anda boleh tonton video berkenaan di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4799682300075790&id=100001022016761&sfnsn=wa

YANG BERHORMAT USTAZ MOHD SHAFIE NGAH
Yang Dipertua PAS Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY 26/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044851221379/posts/413875190117518/

- Advertisement -