Gabungan NGO Bangi bantah SUHAKAM

Kajian Menyokong Pengiktirafan Gender Ketiga ditolak

- Advertisement -

GABUNGAN NGO Bangi kesal dan membantah dengan sekeras-kerasnya kajian yang diusul oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bertajuk ‘Feasibility of having legislation on the recognition of a third gender in Malaysia’.

Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat telah mempunyai pendirian yang tegas mengenai jantina berdasarkan agama, sains dan Perlembagaan Persekutuan, mengapa perlu lagi mempertimbang perundangan yang menjurus ke arah pengiktirafan gender ketiga di Malaysia ?

- Advertisement -

SUHAKAM dalam hal ini telah melanggar akta mereka sendiri iaitu Seksyen 4(4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang menegaskan bahawa usaha menegakkan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 boleh dibuat setakat yang perisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pengiktirafan gender ketiga adalah bertentangan dan tidak bersesuaian dengan fitrah manusia, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia malah bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pengiktirafan gender ketiga hanya akan membuka ruang kepada pengiktirafan ideologi Liberal yang mengiktiraf perbuatan luar tabii golongan transgender di dalam negara kita. Bantahan ini adalah demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan nilai songsang.

Justeru, kami Gabungan NGO Bangi dengan ini mendesak SUHAKAM agar sensitif dengan pegangan agama dan nilai budaya rakyat Malaysia dan membatalkan usul kajian bertajuk ‘Feasibility of having legislation on the recognition of a third gender in Malaysia’ tersebut.

HUSNI ABDUL MANAN
Pengerusi Bersama Gabungan NGO Bangi

1. Persatuan Sukarelawan Ummah Bangi (PSUB)

2. Persatuan Belia Prihatin (PBP)

3. Persatuan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP) 

4. Persatuan Generasi Prihatin (GenP) 

5. Persatuan Kebajikan Penyayang Bangi

6. Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat

7. Ikatan Remaja Islam Selangor (IRIS) 

8. Sekretariat Belia Prihatin

9. Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) 

10. Sukarelawan YADIM

11. Nisa’ Bangi

12. Persatuan Siswazah Serdang Prihatin (PERSIP) 

13. Kelab Belia Pewaris Serdang

14. Persatuan Kebajikan Bangi (PEKABA) 

15. Persatuan Wawasan OKU Selangor – HARAKAHDAILY 17/6/2021

- Advertisement -