KOTADAR: Mercu gemilang PAS Negeri Perak

- Advertisement -

ANTARA agenda besar yang sering diulang YB Razman Zakaria selaku Pesuruhjaya PAS Perak adalah keperluan sebuah kompleks negeri. Beliau begitu serius melaksanakan agenda besar ini sebagai pusat pertarbiyahan ahli PAS Perak.

Agenda tarbiyah adalah agenda terpenting PAS membina pejuang Islam yang akan memimpin kemenangan bagi merealisasikan impian baldatun toiyyibah. Selama ini perkaderan pentarbiahan PAS Perak bertumpu di dewan atau Pusat Tarbiyah Ayer Kuning, Taiping.

- Advertisement -

YB Razman sendiri mengambil tanggungjawab mengetuai jawatankuasa pembinaan Kompleks PAS Perak yang dinamakan KOTADAR. Beliau seringkali memberitahu saya keazaman beliau untuk menyiapkan kompleks ini sebelum mewariskan kepimpinan Perak kepada generasi pelapis.

Hari ini, YB Razman bersama dengan rombongan terdiri daripada pimpinan PAS Perak, dan beberapa individu dan pihak berkaitan telah mengadakan lawatan tapak yang akan dibangunkan sebuah kompleks tarbiyah (pendidikan) buat semua masyarakat di Negeri Perak.

Kompleks yang bakal didirikan ini bakal memberi menampung kapasiti 5,000 orang yang terdiri daripada:

1. Dewan Muktamar.
2. Bilik mesyuarat.
3. Pejabat operasi.
4. Masjid.
5. Kafeteria
6. Asrama atau pondok.

Tanah yang dibeli hasil sumbangan orang ramai khasnya ahli PAS adalah langkah awal merealisasikan impian tersebut. Kini, fasa pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi dengan kos yang dicadangkan sebanyak RM5 juta.

“PAS Perak mesti boleh sehebat Kedah dan negeri lain yang ada kompleks sendiri. Pak Teh sangat mengharapkan tertegak kompleks ini secepat mungkin dan akan memberikan sepenuh tumpuan mempastikan ia menjadi kebanggaan PAS Perak,” ujar beliau sebagai ikrar kesungguhan dan komitmen membangunkan mercu kegemilangan PAS Perak.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 13/9/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100000122032873/posts/6832993156714684/

- Advertisement -