Tahniah kepada rakyat Afghanistan

- Advertisement -

LAJNAH Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada rakyat Afghanistan dan kerajaan baharu Afghanistan pimpinan Taliban kerana telah berjaya mencapai kemenangan dan kembali memerdekakan tanah air mereka daripada cengkaman penjajahan serta pencerobohan tidak berperikemanusiaan.

- Advertisement -

Kemenangan dan ‘kemerdekaan’ yang dicapai kali ini adalah hasil usaha seluruh rakyat Afghanistan dalam usaha untuk membebaskan tanah air mereka yang selama 20 tahun telah dijajah dan diceroboh dengan sewenang-wenangnya tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan hingga hampir memusnahkan Afghanistan.

Dengan kemenangan ini, adalah menjadi harapan agar semua pihak-pihak yang berkepentingan sama-sama berganding bahu dan mencapai kata sepakat untuk berdamai serta berusaha untuk membangunkan semula serta meletakkan kembali Afghanistan di landasan yang betul.

Semoga kerajaan baharu Afghanistan dan rakyatnya berganding bahu dan berkerjasama membangunkan Afghanistan seterusnya memperolehi kemakmuran, keamanan dan kemajuan selepas ini dengan berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam yang syumul disamping mendapat rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

- Advertisement -