UMMAH gembira keputusan Majlis Raja-raja Melayu

- Advertisement -

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) meneliti dengan penuh teliti kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang telah dikeluarkan pada 16 Jun 2021, di mana Raja-raja Melayu telah bermesyuarat bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membantu merangka formula penyelesaian untuk meringankan kesusahan dan tekanan hidup yang sedang dihadapai oleh majoriti rakyat ketika ini.

UMMAH sembah maklum sangat gembira dan berterima kasih diatas keputusan yang telah dibuat secara bijaksana yang memperlihatkan keprihatinan yang sangat tinggi Raja-raja Melayu kepada rakyat. Ummah sedia maklum bahawa ada tujuh perkara penting dan utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

- Advertisement -

Di antaranya ialah nyawa dan kehidupan rakyat mesti diutamakan, vaksinasi 80 peratus rakyat secepat mungkin, program menangani wabak COVID-19 yang jelas, meredakan suhu politik yang panas, pentingnya kerajaan yang stabil dengan sokongan rakyat dan tiada keperluan meletakkan negara dalam Darurat selepas 1 Ogos 2021.

Semoga dengan zahirnya pandangan dan cadangan yang telah dicambahkan oleh Raja-raja Melayu Pemerintah bersama Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong memberi kekuatan dan semangat kepada pentadbiran kerajaan melaksakana tugas dengan lebih berkesan bagi berhadapan dengan cabaran memutuskan rantaian COVID-19 dan menjayakan program imunisasi komuniti yang sedang digerakkan secara aktif dan terancang.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
17 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 17/6/2021

- Advertisement -