Fitnah kononnya MB Kedah ‘test drive’ masa PKP

- Advertisement -

ADA cerita fitnah baru mengenai Menteri Besar (MB). Kononnya MB langgar SOP PKP. Pergi test drive kereta Ford Ranger di Juru Auto City Penang. 

Ini kisah sebenar yang berlaku:

- Advertisement -

1. MB on the way ke Kuala Lumpur petang semalam ada hal mustahak. Ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama MB. 3 orang semuanya.

2. Pergerakan MB keluar daerah atau rentas negeri adalah dibenarkan di dalam SOP PKP kerana termasuk di dalam perkhidmatan perlu (essential service) yang dibenarkan pergerakan.

3. Dari Alor Setar, singgah di Juru sebab nak beli makanan sebelum masuk highway. RnR tutup. Beli siap-siap bekal untuk makan dalam perjalanan. 

4. Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru itu dekat dengan show room kereta Ford. Show room itu tutup.

5. Ada seorang salesman duduk susun kereta Ford Ranger di luar show room. MB pergi jengok kereta itu. Bukan pergi nak beli. Saja nak pergi tengok. Minat. Kalau pergi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pula.

6. Walaupun show room tutup, salesman itu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duduk alih kereta-kereta itu. Dia tahu waktu ini tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam itu la.

7. Lepas siap beli makanan, MB sambung perjalanan ke KL. Ford Ranger itu duduk ada dekat Juru itu. Tak ikut pergi sekali.

8. Tiada ‘test drive’ berlaku. 

9. Kereta Vellfire yang MB naik itu memang SADA punya. MB Pengerusi SADA. Tiada masalah untuk guna kereta itu bagi urusan rasmi. Tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta itu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui SJR. 

Itulah kisahnya. Tolong sampaikan pada akak yang ambil gambar itu. Bagus akak ini. Rajin. 

AFNAN HAMIMI – HARAKAHDAILY 6/6/2021

- Advertisement -