Jawatan GLC: Guan Eng patut nasihat PBAPP

- Advertisement -

“(WUJUD) keperluan segera ahli politik diganti sebagai pengerusi oleh golongan profesional yang cekap dan berkelayakan, yang mampu menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab,” kata Lim Guan Eng (LGE). Saya sangat bersetuju dengan saranan LGE jika beliau dapat menasihati Pulau Pinang terlebih dahulu menjalankan saranan tersebut. ‘Lead by example’ gitu.

Berikut adalah analisa saya berkaitan kelemahan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam memastikan operasinya mampan dan tidak mencemarkan alam sekitar yang dipadankan dengan struktur urus tadbir ‘profesional’ GLC Pulau Pinang, supaya masyarakat Pulau Pinang lebih yakin untuk menyokong saranan LGE.

- Advertisement -

‘Problem statement’ mengenai kelemahan PBAPP

1. 6 daripada 9 LRA tidak mempunyai Kemudahan Rawatan Enap Cemar (Sludge Treatment Facility) yang setimpal dengan kadar pengeluaran air terawat.

2. Enap cemar (sludge) yang tidak dirawat ini telah dibuang terus ke dalam badan air seperti sungai.

3. Pembuangan terus ‘sludge’ daripada LRA Sungai Dua ke dalam Sungai Merbau Kudong menyebabkan pencemaran sungai dan bencana banjir.

4. Tindakan tersebut adalah jalan pintas yang menghasilkan masalah dan membebani penduduk dan alam sekitar serta hidupan sungai.

5. PBAPP dapat menikmati penjimatan kos proses dan kos pengeluaran air terawat. Ini bermakna jika keuntungan dikecapi oleh PBAPP adalah dengan melakukan pencemaran terhadap sungai.

Senarai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PBAPP (Berdasarkan wakil politik)

A. Wakil parti politik

DAP

1. YAB Tuan Chow Kon Yeow
(a) Pengerusi PBAPP.
(b) Ketua Menteri Pulau Pinang, portfolio: Pembangunan Tanah dan Ekonomi dan Komunikasi.
(c) ADUN Padang Kota.

2. YB Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) Timbalan Ketua Menteri 2, portfolio: Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi.
(c) ADUN Perai.

3. YB Tuan Zairil Khir Johari
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) Exco, portfolio: Infrastruktur dan Pengangkutan.
(c) ADUN Tanjong.

4. YB Tuan H’ng Mooi Lye (DAP)
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) ADUN Jawi.

PKR

5. YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) Timbalan Ketua Menteri 1, portfolio: Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti.
(c) ADUN Pinang Tunggal.

6. YB Tuan Gooi Hsiao Leung (PKR)
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) ADUN Bukit Tengah.

PAN

7. YB Tuan Azrul Mahathir Bin Aziz
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) ADUN Bayan Lepas

BERSATU

8. Fakhruz-Zaman Ahmad
(a) Pengarah Bukan Eksekutif.
(b) Ketua Bahagian BERSATU Bukit Mertajam

B. Bukan wakil politik

9. YB Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar
(a) Pengarah Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas.
(b) SUK Negeri Pulau Pinang
(dilantik pada 17 Disember 2019)

10. YBhg. Dato’ Sr. Datuk Kuvenaraju A/L Pachappen
(a) Pengarah Bukan Eksekutif
(dilantik pada 3 September 2019)

Rumusan 

1. Komposisi majoriti ALP adalah di kalangan orang politik iaitu 8 daripada 10 adalah ALP wakil politik (4 DAP, 2 PKR , 1 PAN, 1 BERSATU)

2. Seorang daripada ALP bukan politik Dato’ Sr. Datuk Kuvenaraju A/L Pachappen pernah dipertikaikan dalam Sidang DUN, 14 Oktober 2020 berkaitan bayaran fungsi khas bulanan untuk beliau sebanyak RM47,600.00 sebulan dan elaun bulanan Non Executive Director sebanyak RM1,000.00 dan juga elaun mesyuarat sebanyak RM300.00.

Bayaran yang tinggi ini dipertahan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungan Sidang DUN tersebut sebagai bla bla… 

Soalan-soalan usul periksa (due diligence) terhadap PBAPP sebagai Government Link Company (GLC) Pulau Pinang

1. Mengapakah ALP didominasi oleh ahli politik?

2. Apakah merit yang ada pada 8 wakil politik berkaitan industri air?

3. Apakah Pulau Pinang ketandusan ahli profesional atau ahli akademik yang mahir berkaitan pengurusan air untuk menjadi ALP?

4. Mengapakah perlu dibayar lebih setengah juta setahun untuk seorang ALP bukan wakil politik yang dikatakan mempunyai ‘fungsi khas’? 

5. Apakah 8 ALP wakil politik yang ramai ‘tak berfungsi’ sehingga terpaksa mewujudkan seorang ALP fungsi khas tersebut?

6. Daripada 5 soalan di atas , apakah ini petunjuk bahawa PBAPP tidak berhemah dalam perbelanjaan dan gagal dalam hal urus tadbir?

7. Apakah urus tadbir PBAPP gagal disebabkan wujudnya campur tangan politik yang ketara?

8. Apakah fungsi Exco Infrastuktur dalam PBAPP yang menjaga hal tebatan banjir apabila membiarkan Sungai Merbau Kudong sentiasa dipenuhi ‘sludge’ yang boleh menyebabkan banjir?

9. Apakah fungsi Ketua Menteri dengan portfolio Pembangunan Tanah sebagai Pengerusi PBAPP, apabila usaha menyedia tanah untuk pembangunan Sludge Treatment Facility bagi LRA Sungai Dua tak dapat dilakukan?

10. Apakah masa tak cukup merancang dan membina Sludge Treatment Facility sedangkan PBAPP telah beroperasi lebih 40 tahun?

11. Apakah semua ALP PBAPP selama ini tak sedar kepentingan Sludge Treatment Facility ini?

12. Apakah PBAPP bersedia menyahut saranan LGE bahawa ‘sudah tiba masa lantikan politik dalam GLC letak jawatan’?

ZIKRULLAH ISMAIL – HARAKAHDAILY 27/5/2021

Post Script: 

1. Siapa ada soalan ‘due diligence’ tambahan boleh tambah dalam ruang komen.

2. Pembaca bukan Pulau Pinang yang terlalu double standard nak lihat silap Pulau Pinang, lebih baik lihat juga kelemahan yang ada di negeri masing-masing.

3. Kelemahan itu wujud sebab kita malas untuk buat ‘usul periksa’ terhadap urus tadbir negeri sendiri, namun asyik nak cari silap negeri orang.

4. Kepada orang politik, sebelum nak cari silap orang, tune statement masing-masing supaya tak nampak wajah hipokrit yang hodoh di mata rakyat.

5. Be realistic, jangan sampai idealistik kita makan diri.

- Advertisement -