Fakta di sebalik fitnah MB enggan jumpa peniaga

- Advertisement -

FITNAH 1: Ada sekumpulan peniaga mai nak jumpa Menteri Besar (MB). Tapi MB tak layan, tak mahu jumpa. 

- Advertisement -

Fakta: Memang depa ada mai pejabat nak jumpa MB. Tapi MB tak ada. Pegawai Khas MB ada. Maka penyambut tetamu bawa depa jumpa Ketua Pegawai Khas MB, Hj Zulkifli Yahya. Memang lazimnya begitu. Mana-mana pihak yang nak jumpa MB, kalau MB tiada, maka pegawai lain yang ada akan layan pihak berkenaan. 

Fitnah 2: Exco atau ADUN PAS bila dah ada kuasa, sombong. Sampai orang kena jumpa melutut merayu. 

Fakta: Yang itu bukan ADUN, bukan Exco, tapi Ketua Pegawai Khas kepada YAB MB. Pengadu tak melutut pun walaupun dia ada lutut. Tapi pengadu duduk atas kerusi. Kerusi dalam bilik itu ada 4. Dua yang tinggi, dan dua lagi sofa yang rendah. Pengadu yang kononnya ‘melutut’ itu sedang duduk atas sofa yang rendah. Rujuk gambar di bawah. Tengok dengan mata, jangan tengok dengan lutut. 

Fitnah 3: Pegawai Khas MB mempermainkan pengadu dengan membuat rakaman video semasa pengadu mengadu masalah dengan cara merayu-rayu. 

Fakta: Dah MB tak ada, maka Pegawai Khas terpaksa rakam video untuk sampaikan pada MB. Zaman canggih. Benda boleh rakam buat apa nak duduk saja. Jangan lupa, ada seorang lagi tukang rakam. Video fitnah yang tersebar ini adalah daripada tukang rakam yang seorang lagi, bukan daripada telefon Pegawai Khas MB. Tanya dia sebab apa sebar video itu. Tanya saja. Tak payah buat apa-apa.

Fitnah 4: MB tak peduli masalah peniaga bazar Ramadan. Hanya serah dekat pegawai sahaja untuk layan depa

Fakta: Setelah MB tahu masalah yang berbangkit dan aduan daripada peniaga, maka MB bawa pandangan di dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan. Cadangan supaya operasi bazar Ramadan diteruskan dengan SOP yang ketat.

Cadangan ini sebenarnya sangat berisiko dalam keadaan wabak COVID-19 semakin mengganas. Tapi risiko ini tetap diambil demi memberi kemudahan kepada para peniaga mendapatkan sumber pendapatan buat persediaan menyambut raya.

Kepada tukang buat fitnah dan tukang sebar video fitnah, terima kasih sebab buat fitnah ini. Bulan puasa ini, orang kalut buat pahala. Hangpa kalut buat fitnah. Ke hangpa ini tak puasa? YakYakYeay!

AFNAN HAMIMI
Wisma Darul Aman – HARAKAHDAILY 7/5/2021

Tersebar video melalui whatsapp group dan dijadikan bahan fitnah.
Pengadu duduk atas kerusi. Bukannya melutut seperti yang didakwa.
Video yang dimuatnaik telah dijadikan bahan fitnah.
Semua pengadu yang hadir duduk atas kerusi. Dilayan dengan baik.
Sebahagian pengadu yang hadir.
Video yang dijadikan bahan fitnah. Difahamkan beliau adalah Pegawai Khas yang bekerja dengan salah seorang MP DAP di Pulau Pinang.
- Advertisement -