Jangan mudah cair dengan bantuan ultra kiasu

- Advertisement -

JIKA tak nak bantu rakyat, jangan jadi wakil rakyat. Sebab itu, janganlah terlalu tularkan bantuan yang diberikan kepada seorang dua yang boleh dijadikan ‘gambar’ istimewa bagi menunjukkan seolah-olah kamu adalah malaikat, seolah-olah wakil rakyat lain tak buat kerja.

Saya melihat dengan mata kepala sendiri, ada sahaja wakil rakyat dan orang perseorangan yang tampil bantu orang, tetapi tidak ditularkan sedemikian rupa. Mereka buat kerja, biar Tuhan sahaja tahu. Tangan kanan memberi, sehingga tangan kiri tak tahu. Takut hilang pahala.

- Advertisement -

Apa nak dihairankan wakil rakyat membantu rakyat kerana itu adalah wang rakyat yang sepatutnya dipulangkan kepada takyat. Kerana memang itulah kerja wakil rakyat, namanya wakil rakyat, gaji elaun dapat daripada rakyat, 

Kebelakangan ini, kerap sangat wakil rakyat ultra kiasu, sama ada ADUN atau Ahli Parlimen ultra kiasu. sibuk dengan kumpulan medianya ke sana ke mari untuk mencari sesiapa yang ingin dibantunya, kemudian tularkan, bagi mendapat publisiti murahan dan paling mencairkan hati orang Melayu, agar mereka lembut dengan parti ultra kiasu ini, seterusnya memuji melambung wakil rakyat ultra kiasu ini.

Termasuk ke surau dan ke masjid, dengan berbaju kurung, ketika bulan Ramadan penuh bakarah ini. ultra kiasu pun tahu erti barakah. Tidak dinafikan kerja mambantu mereka yang memerlukan ini memang baik. Tetapi biarlah ikhlas. Jangan ada agenda lain.

Ini bukan perkara baharu kerana ia telah biasa dilakukan oleh wakil rakyat dan juga para dermawan, cuma tidak ditularkan. Wakil rakyat hari ini, buat apapun, ditularkan untuk mencari pubisiti murahan. Bagi menunjukkan dia buat kerja. Dia bagus dan sebagainya.

Persoalannya, adakah wakil rakyat ini menggunakan wang sendiri? Saya amat yakin, sebahagian, sumber bantuan ini bukan daripada punca pendapatan sendiri, kerana pendapatan wakil rakyat, bukan banyak sangat pun.

Ramai yang tidak tahu bahawa setiap wakil rakyat sama DUN atau Parlimen, ada peruntukan masing-masing daripada kerajaan. Jika tidak cukup, boleh mohon lagi. Selain itu, wakil ini ada ‘funder’ masing-masing di belakangnya. Begitu juga funder daripada misionari Kristian, dengan agenda Kristianisasi melalui wakil-wakil rakyat mereka.

Tidak juga mustahil tauke-tauke judi, kelab malam, tauke dadah, turut membantu. Funder-funder inilah yang memberikan sejumlah yang banyak kepada wakil rakyat bagi membantu wakil rakyat tersebut.

Tetapi ingat, semua itu bukan percuma, funder-funder sedang menunggu, projek-projek atau kemudahan bisnes mereka. Paling tidak pun, surat sokongan. Semua itu bukan percuma. Sebab itu, jangan mudah terpesona terpedaya.

Begitu juga dengan individu atau public figure atau selebriti lain, yang selalu memberikan publisiti kerja-kerja amal mereka. Mereka ini juga mengutip derma. Buat umrah pun kutip derma juga untuk ‘mendoakan’ peminatnya. Bayangkan dia ada dua juta followers, setiap orang paling kurang beri seringgit. Katakan sejuta bagi seringgit, sudah ada satu juta. Ini congakan mudah. 

Sebab itu, saya memuji setiap apa jua langkah untuk membantu orang lain. Tetapi janganlah terlalu ‘over’. Semua itu bukan datang daripada poket sendiri. Tanpa menafikan ada juga hartawan yang menderma hasil daripada poket sendiri.

Meminjam kata-kata daripada Almarhum Nik Aziz, terutama kepada ahli politik atau wakil rakyat yang membantu, bagi gula kacau, bagi kain pakai, bila undi pangkah lain (bulan), jangan pangkah roket.

Ambil sahaja peruntukan tersebut, jangan begitu rasa terhutang budi sangat, jangan mudah cair, selepas itu puji wakil rakyat tersebut melambung. Bila ada yang mempertikaikan bantuan wakil tersebut, kita sesama kita bergaduh.

Pandai mereka kan. Mereka buat kebaikan, mereka turut mahu menggunakan kalimah Allah, kita sesama kita bergaduh, mereka bertepuk tangan. Hebat strategi ultra kiasu

Saya cukup risau dengan anak-anak Melayu yang menerima bantuan tersebut, terutama yang mudah cair. Mengenali wakil rakyat ultra kiasu ini, sekian lama, setiap bantuan mereka, mesti ada udang di sebalik mee. Justeru, berhati-hatilah. Mereka nak bantu terima sahaja, tetapi jangan sesama kita pula bergaduh.

Ultra kiasu sudah berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan undi Melayu, juga menjadi ahli parti mereka. Pengajaran untuk kita semua, jika ultra kiasu kerja laju bantu orang, kita kena lagi laju. Tak viral tak apa, jika itu bukan sifat kita, asalkan Tuhan Maha Tahu Segalanya.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 19/4/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -