Kenapa PAS bersama DAP dalam PR dulu?

- Advertisement -

MENJAWAB soalan golongan yang mempersoalkan (rujuk dalam petak merah dalam gambar).

PAS berkawan atau bertahaluf dengan semua parti dalam sejarah politik PAS di Malaysia atas dasar politik dakwah Islam dengan penjelasan dasar Islam yang sebenar. (Sebagai contoh penjelasan apa itu Hudud yang disalah ertikan oleh golongan penentang Islam yang menyelewengkan fakta sebenar).

PAS bukan berkawan atas dasar syok-syok nakkan kuasa. Kalau dalam berkawan itu mendatangkan keuntungan dan kebaikan pada Islam, PAS akan terus berkawan.

PAS telah memperkenalkan pelbagai dasar dalam berpolitik secara Islam – sebagai contoh Budaya Politik Matang dan Sejahterabagi mendidik rakyat supaya berpolitik dengan cara yang sihat dan matang tanpa rasuah dan fitnah (Rujuk BPMS: https://youtu.be/5JVEjbtoc6w).

- Advertisement -

Tetapi bilamana mereka yang kita kawan itu menunjukkan sikap melawan, menghina Islam, PAS tidak akan berkompromi dan akan menentang puak-puak itu sebaliknya.

Dalam kontek DAP, Kerajaan PR membentuk 3 Parti PAS, PKR, DAP sejak 2008 selepas menang PRU12. Di peringkat awalnya bukan mudah untuk menjinakkan kuda liar yang tidak mudah menerima Islam yang didukungi oleh PAS manakala DAP pula ideologinya berprinsipkan jelas Sosialis. Namun di Penang, ideologi Sosialisnya berubah setelah mendapat kuasa kepada agenda Kapitalis dengan pembangunan mewah yang tiada keuntungan kepada golongan bawah B40. 

Seawal 2008 – 2013 sebelum menang lagi PRU13 sikap mereka umpama pijak semut tak mati bila berdepan dengan pengundi masyarakat Islam. Keluarlah kalimat Omar Abdul Aziz, pimpinan Islam yang perlu dicontohi tetapi setelah mendapat majoriti lebih besar pada PRU13 maka sikap mereka berubah.

Begitu juga sebelum kemenangan PRU13, PAS dan DAP telah menandatangani beberapa dokumen rasmi iaitu berupa Agree to be disagree dalam beberapa perkara asas perjuangan parti masing-masing. Setelah menang PRU13 pada 2013 maka PAS mula merasai perubahan iklim politik DAP. 

Pelanggaran demi pelanggaran perjanjian Tahalluf Siasi berlaku dengan kenyataan demi kenyataan biadab menempelak PAS, maka wajah sebenar DAP mulalah kelihatan. Manifestonya lain dijanji lain pula yang sebenarnya berlaku. Janji kepada rakyat sentiasa berubah-ubah. Salah satu contoh manifestonya dalam PRU lalu adalah isu Tol Sg Nyior tiada tindakan yang dicapai hanya untuk meraih simpati pengundi dan isu ‘Memastikan kelestarian alam sekitar di P.Pinang’ juga merupakan omongan kosong.

As a result kini bukit lebih gondol, pembangunan lereng bukit mengakibatkan bekalan takungan air mentah hilang di empangan dan mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh menyebabkan kematian dan banjir kilat. Sungai Perai, Sg Pinang, Sg Naran amat kotor manakala Sg Kereh penuh najis babi.

Semasa saya bersama beberapa wakil PAS Negeri pada tahun 2012 dalam Jawatankuasa merangka Manifesto PR P.Pinang untuk PRU13 kami telah menzahirkan penentangan cadangan DAP untuk mencadangkan dimasukkan agenda yang bertentangan dengan Perlembagaan iaitu menolak sistem Beraja dan ingin menzahirkan Pilihan Raya PBT. Penolakan PAS menyebabkan DAP tidak senang duduk. Turut sama ketika itu Ahli Majlis MPPP Haji Rashid Hasnon kini Dato’ Timbalan Speaker Parlimen sebagai salah seorang yang terlibat.

PAS berkawan dengan sesiapa pun adalah untuk menerangkan dan beri kefahaman apa itu prinsip yang Islam bawa (keadilan, kebenaran dan kedamaian) tetapi mereka ini telah bermuka-muka, tidak menepati janji bila berkawan, bertambah ekstrem menentang PAS dan Islam dengan pelbagai kenyataan penentangan.

Mereka banyak berlakon baik di hadapan masyarakat Melayu (Contoh baru ini MP DAP bermain emosi menagih undi simpati dengan brader Food Panda Rider budak Melayu) tetapi berniat jahat di belakang masyarakat Melayu Islam (Contoh aset Tabung Haji dilelong secara mega semasa memerintah negara 22 bulan).

Sebab itu PAS terlebih dahulu yang telah melalui pengalaman berkerajaan 2008-2015 bersama DAP di bawah PR dan sekutunya dulu telah mengambil keputusan putus hubungan langsung dengan DAP termasuk mereka yang mahu bersama DAP PH pada Muktamar 2015 lalu. Yang menghairankan masih ada pemimpin parti politik Melayu masih mahu bersekongkol untuk mencipta jajaran politik baru lepas PRU15?

Manakala dengan Umno pula yang sudah melakukan pembaharuan ke atas Perlembagaan parti dengan meletakkan Islam sebagai keutamaan, yang sebaliknya sebelum ini selama lebih 60 tahun meletakkan hanya bangsa Melayu sebagai keutamaan perjuangan sahaja. Maka PAS meletakkan syarat selagi berpegang kepada keutamaan atas dasar Islam maka PAS berlapang dada dan berjiwa besar untuk mendamaikan orang Islam atas dasar kesatuan ummah bersama sama non-Muslim yang tidak ekstrem tetapi PAS tetap menolak semua parti sekutu kuat DAP yang terus bersekongkol dengan dasar DAP berpayung di bawah PH.

PAS walaupun ada pengalaman 1974-1978 bersama BN sehingga ditendang keluar dari BN dan Kerajaan Persekutuan atas sebab menerapkan dasar-dasar Islam dalam kerajaan (Contoh azan dikumandangkan dalam RTM manakala Rancangan TV Judi TOTO dalam RTM berjaya dimansuhkan bersama iklan arak tahun 1974-1975) dan ditentang oleh golongan Liberal yang menolak approach PAS ketika itu dan mencipta konflik pelantikan MB di Kelantan 1977, sehinggalah berlakunya tragedi Memali 1985.

Namun PAS masih tetap berusaha untuk menyatukan Ummah atas dasar Islam walaupun terpaksa duduk dalam berbagai kolam sekali pun demi memperkuatkan Umat Islam bagi menentang kerosakan ke atas negara jika jatuh kembali ke tangan PH, akibatnya Islam akan hancur, lemah seperti berlaku di Kemboja, Vietnam, Singapura, Filipina yang dahulunya adalah Kerajaan empayar dan kesultanan Umat Islam. Yang tinggal kini Malaysia, Indonesia dan Brunei yang merupakan berbaki negara dominasi umat Islam berbangsa Majoriti Melayu.

PAS bukan parti politik semata-mata tetapi parti mendukung perjuangan dakwah Islam bagi memberi kefahaman Islam demi keadilan, kebenaran dan keamanan yang Islam bawa kepada semua bangsa dalam negara tanpa paksaan menerima akidah Islam.

Jom bersama PAS yang membawa dasar keamanan, keadilan berkerajaan dalam pemerintahan negara tanpa rasuah. Telah terbukti PAS tanpa rasuah di Kelantan telah lebih 30 tahun memerintah.

Nota kaki: 

Tulisan ini berdasarkan pengalaman berada dalam Kerajaan PR PP dari jawatan dalam JKKK Batu Uban dicalon sebagai JKKK Terbaik DTL 2008 &2009 sehingga menjawat sebagai Ahli Majlis MPPP 2010-2014.
(i) Berpengalaman dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2008-2014 .
(ii)Terlibat dalam Jawatankuasa membentuk Manifesto PR Pulau Pinang bagi PRU13 mewakili PAS PP. – 2012.
(iii) Menyerah Memorandum membanteras Judi Siber Kepada Ketua Menteri LGE Dan Ketua Polis Negeri (Dato’ Wira Ayub) 2012 serta Presiden PAS TGHH.
(iv) Menyerah Memorandum kepada Ketua Menteri LGE Dan Menteri Kebudayaan dan Warisan Dato’ Nazri Aziz supaya Kampung Batu Uban (1734) di isytiharkan Kampung Warisan Melayu sama seperti Georgetown World Heritage 2012- 2013.
(v) Membantah perkampungan Warisan Melayu seperti Kampung Selut Sg Pinang dilenyapkan oleh DAP demi pembangunan baru Perumahan mampu tengok (The last and only Kpg Sg Pinang Kampung Warisan Melayu in Georgetown). – 2012-2014.
(vi) Berucap di Muktamar 2014 di Batu Pahat Johor mengkritik Kerajaan DAP dasar perumahan mewah dengan cara melenyapkan Kampung Warisan Melayu dengan bersekongkol dengan pemaju.
(vii) Digantung dan kemudiannya pecat sebagai Ahli Majlis MPPP oleh Kerajaan PR di bawah DAP disebabkan alasan iii – vi di atas.

ISZUREE IBRAHIM – HARAKAHDAILY 17/4/2021

- Advertisement -