Islam itu damai dan sejahtera

PAS KEDAH ingin respons terhadap siaran video tular mengenai saudara Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang meluahkan hasrat untuk murtad daripada agama Islam kerana kecewa dengan ajaran Islam. PAS Kedah yakin semua pihak dalam masyarakat Islam memandang berat dengan insiden ini dan umumnya merasa sedih sekiranya murtad itu terjadi.

Sehubungan itu, PAS Kedah menyeru semua pihak agar segera mengambil langkah proaktif untuk menangani isu ini agar kesucian agama Islam tidak menjadi bahan perbincangan di platform media sosial. Hal ini akan menatijahkan agama Islam itu dipandang tidak adil dan menindas ke atas golongan tertentu.

Advertisement

Sebagai membuktikan agama Islam itu adalah agama damai dan sejahtera, PAS Kedah menekankan bahawa pendekatan dakwah adalah lebih sesuai dalam menangani isu ini demi menyelamatkan akidah seseorang individu seiring penegasan melalui penguatkuasaan undang-undang.

Firman Allah S.W.T:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(an-Nahl: 125)

Kepada masyarakat umum, biarlah keputusan untuk penghukuman dilakukan oleh pihak yang berwajib dan janganlah kita pula sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tertentu sebelum terbukti pendakwaannya di mahkamah.

 “اسلام  ممڤركوكوه  ڤرڤادوان” 

HAJI MOHAMAD RODI ABDUL RAHMAN
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah 
3 Mac 2021 | 19 Rejab 1442H – HARAKAHDAILY 3/3/2021