Sugarbook: Tindakan tegas akan diambil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius berhubung isu yang timbul membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikaitkan dengan kegiatan ‘sugar daddy’.

- Advertisement -

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary, sekiranya laporan yang diterima kementeriannya itu benar, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana yang pihak yang terlibat dengan kegiatan tersebut.

“Kegiatan itu sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan pelajar universiti. Buat masa sekarang kita akan beri kes ini kepada pihak berwajib untuk dilakukan siasatan.

“Jika benar, tindakan akan diambil berdasarkan lunas-lunas undang sedia ada,” katanya pada Majlis Apresiasi Penyerahan Mesin Dialisis oleh PTNB dan Alam Flora di sini pada Khamis.

Terdahulu, dilaporkan bahawa bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby melalui aplikasi Sugarbook adalah seramai lebih 14,000 orang.

Difahamkan, bilangan itu semakin meningkat berikutan kesukaran hidup pelajar universiti sejak kemunculan pandemik COVID-19.

Januari lalu, dilaporkan bahawa bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby meningkat sebanyak 40 peratus.

Data tersebut didedahkan oleh pengasas aplikasi itu sendiri, Darren Chan.

Beliau turut menyenaraikan antara 10 IPT yang mempunyai jumlah tertinggi menjadi Sugar Baby.

- Advertisement -