Kejayaan awal tahun pertanian Terengganu

- Advertisement -

SAYA mengikuti secara dekat usaha YB Dr Azman Ibrahim dalam usahanya membawa satu dimensi baharu sektor pertanian Terengganu. Bermula dengan peruntukan sekitar dua hingga tiga juta sahaja Bajet dari kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

Kini beliau telah meletak satu penanda aras yang kukuh apabila Bajet untuk kluster pertanian dan perikanan mencecah RM20 juta untuk tahun 2021. Itu tidak termasuk lagi kelulusan baharu dari Kerajaan Pusat setelah rayuan berterusan dan jaringan kerjasama yang kukuh.

- Advertisement -

Melalui Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 dan pengisytiharan Tahun Pertanian Terengganu 2021 dan dipacu visi menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan utama negara, sebelum itu mestilah Terengganu menjadi Self-Sufficient terlebih dahulu.

Misi mentransformasikan pertanian Terengganu ke arah pemerkasaan sumber baharu, peningkatan Hasil keluaran dalam negeri dan negara kasar secara holistik bagi menjamin keselamatan makanan serta menjadikan pertanian sebagai perniagaan perlulah diterjemahkan.

Seperti terkandung dalam salah satu teras yang digariskan, mengukuhkan kluster Melon Manis Terengganu (MMT), satu usaha bersungguh-sungguh telah dilakukan untuk memulihkan satu projek terbiar yang melibatkan duit rakyat puluhan juta Ringgit telah lalukan dengan kerjasama anak syarikat kerajaan dan pihak swasta.

Hasilnya projek Rimbunan Kaseh di Rantau Abang telah mengeluarkan hasilnya awal tahun 2021 setelah setahun lebih kerajaan negeri mengambil alih projek ini dan diberi tanggungjawab kepada TADC untuk mencari rakan strategik bagi membuat satu rombakan pelan asal projek. 

MMT dari projek ini dibawa terus ke ibu negara dan dipasarkan di beberapa pasaraya besar yang sudah ada peminat MMT ini di sana. Bermula awal Februari ini, bekalan dijangka berterusan sepanjang tahun ini dengan perancangan jadual penanaman oleh pihak pengusaha.

Ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19 dan Terengganu di dalam PKP sejak akhir bulan lepas, banyak perancangan program perlancaran projek Tahun Pertanian Terengganu 2021 terjejas teruk. Namun kegigihan Dr Azman Ibrahim dan seluruh agensi di bawahnya sama ada negeri dan pusat, satu demi satu kejayaan ditempanya. 

Kita seluruh rakyat Terengganu, akan terus mendoakan agar usaha ini, pelan strategik dan tahun pertanian ini akan berjaya memberi pulangan terus kepada rakyat, menambah pendapatan kepada kluster-kluster tertentu dan membuka peluang-peluang baharu kepada rakyat khasnya golongan belia.

Ulasan mingguan semasa oleh:

NARAZA MUDA 
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Inspirasi 
09 Februari 2021 – HARAKAHDAILY 9/2/2021

- Advertisement -