Apabila PKR tiba-tiba jadi Pejuang Hudud 2021

- Advertisement -

WAH, hebat sungguh penulisan terbaru Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution di halaman Facebooknya. Deretan posting Facebooknya bercerita bab RUU355 dan Hudud. Melihatkan gayanya itu, orang kuat Anwar Ibrahim ini sememangnya mahukan sangat RUU355 dan Hudud dilaksanakan sekarang. 

Kalau setakat hendak menjadi tukang provok tidaklah susah pun kan. Sebab sejarah tidak pernah terlupa betapa banyaknya dalih dan alasan yang diberikan oleh PH termasuk pemimpin PKR ketika menentang RUU355 dan Hudud dulu. Ketika PH berkuasa dahulu mereka tidak laksanakannya pun.

Jadi, mengapa pula apabila dah jadi pembangkang, PH berpura-pura mahu menjadi pejuangnya pula? Bukankah PH juga yang kata RUU355 dan Hudud itu bercanggah dengan Perlembagaan? Bukankah PH juga yang kata RUU355 dan Hudud ini agenda Islamisasi yang mencabul hak bukan-Islam? Ke SU Agung PKR dah terlupa atau buat-buat lupa?

- Advertisement -

Konon dia bertanya kepada Kerajaan PN, bila nak laksana RUU355 dan Hudud? Jawapan mudah patut kita jawab, adakah Saifuddin ini buta matanya, pekak telinganya untuk melihat suasana wabak COVID-19 yang sedang melanda di serata dunia sekarang ini? 

Bukankah kesengsaraan rakyat yang diancam dengan penyakit berbahaya yang membawa maut dan pada masa yang sama krisis ekonomi yang sungguh mencengkam kehidupan rakyat yang dikawal pergerakannya melalui PKP?

Adakah Saifuddin memang sengaja hendak memburukkan imej PAS agar dilihat ekstrem, jumud, tidak faham prioriti dan Fiqh Waqi’ ketika rakyat sedang diuji dengan kesusahan ini? Bukankah PH juga siang-malam mendesak Kerajaan selesaikan segera masalah krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda?

Jadi mengapa tiba-tiba pula dibangkit cerita RUU355 dan Hudud sekarang? Oh, bolehlah dibuat modal untuk beritahu kepada rakyat bahawa PAS sudah lupa diri, kenyang dengan ghanimah kuasa kan? 

SU Agung PKR dah dapat restu Anwar dan DAP ke untuk menjadi pejuang RUU355 dan Hudud ini? Kalau setakat nak jadi tukang batu api dan provok, banyak lagi kerja berfaedah yang patut anda buat wahai Saifuddin.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 8/2/2021

- Advertisement -