‘Negara lain tidak isytihar darurat’: MP DAP tak baca?

- Advertisement -

SEAWAL 1 April 2020 lagi, sebuah badan hak asasi manusia berpusat di Geneva, Switzerland, bernama Centre for Civil and Political Rights (CCPR Centre) telah membuat satu ‘tracking tool’ bagi mengesan negara-negara yang telah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.

Data yang mereka kumpulkan pada waktu itu menunjukkan bahawa 79 negara telah pernah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik COVID-19, di mana negara-negara ini adalah:

- Advertisement -

1. Albania
2. Argentina
3. Armenia
4. Australia
5. Bahamas, The
6. Belgium
7. Belize
8. Bolivia
9. Bosnia and Herzegovina
10. Botswana
11. Brazil
12. Bulgaria
13. Burkina Faso
14. Cape Verde
15. Chile
16. Colombia
17. Congo, Democratic Republic
18. Costa Rica
19. Côte d’Ivoire
20. Dominica
21. East Timor
22. Ecuador
23. Egypt
24. El Salvador
25. Equatorial Guinea
26. Ethiopia
27. Finland
28. France
29. Gabon
30. Guatemala
31. Haiti
32. Honduras
33. Hungary
34. Iceland
35. Indonesia
36. Iraq
37. Israel
38. Italy
39. Jordan
40. Kazakhstan
41. Kyrgyzstan
42. Lebanon
43. Lesotho
44. Liberia
45. Libya
46. Lithuania
47. Luxembourg
48. Malawi
49. Mali
50. Mauritius
51. Mexico
52. Moldova
53. Montenegro
54. Morocco
55. Mozambique
56. Namibia
57. New Zealand
58. Niger
59. Palestine
60. Panama
61. Paraguay
62. Peru
63. Philippines
64. San Marino
65. Senegal
66. Sierra Leone
67. Slovakia
68. South Africa
69. Spain
70. Sudan
71. Switzerland
72. Thailand
73. Togo
74. Tunisia
75. United States
76. Uruguay
77. Vanuatu
78. Venezuela
79. Zimbabwe

Bilangan 79 negara yang telah pernah membuat pengisytiharan darurat ini seharusnya telah meningkat jauh lebih tinggi ekoran sela masa agak jauh antara tarikh ini dikumpulkan dan sekarang.

Malangnya, dalam Sinar Live bertajuk ‘Batal Darurat Ok Atau Tak?’ semalam, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh, dengan yakinnya menyebut ‘COVID ini bukan sahaja satu masalah yang unik untuk rakyat Malaysia, COVID ini berlaku di banyak negara yang lain dan kita lihat juga di negara lain mereka tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan COVID.’

Ahli Parlimen Segambut, yang berkelulusan undang-undang, ini ada baca atau tidak? Kalau mahu kelirukan rakyat Malaysia sekalipun, berpada-padalah wahai Yang Berhormat.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/1/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -