222 pemegang PhD sokong isytihar darurat

Para pakar dan cendekiawan tolak PRU15 dalam waktu terdekat

DI ATAS inisiatif Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yang saya adalah Presidennya, maka kami selaku 222 pemegang ijazah PhD dari seluruh negara seperti senarai di bawah:

Merafak sembah takzim dan menyatakan sokongan penuh terhadap kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi perkenan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

Menyanjung tinggi keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait selain memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengesyorkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal daripada tempoh pelaksanaan darurat yang ditetapkan, sehingga 1 Ogos 2021.

Advertisement

Menolak sebarang cadangan supaya PRU15 dilangsungkan dalam waktu terdekat di samping mengecam sebarang usaha untuk memaksa PRU15 dilangsungkan dalam waktu terdekat selaras dengan kegusaran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan COVID-19 dan kesan bencana banjir di negara ini yang sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Meminta semua pihak tidak mempersoal apa lagi mencabar pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia hanya dibuat setelah Seri Paduka Baginda merundingkannya dengan Raja-raja Melayu serta memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Buang.

Senarai 222 pemegang ijazah PhD yang membuat dan menyokong kenyataan ini:

  1. Dr Ab Aziz Bin Yusof
  2. Prof Ir Ts Dr Abd. Rahim Bin Abu Talib
  3. Dr Abdul Aziz Bin Hussin
  4. Dr Abdul Ghaffar Bin Surip
  5. Dr Abdul Halim Bin Abdul Majid
  6. Dr Abdul Jalil Bin Ali
  7. Prof Madya Dr Abdul Karim Bin Ali
  8. Prof Dr Abdul Muati @ Zamri Bin Ahmad
  9. Dr Abdul Razif Bin Zaini
  10. Dr Abdul Syukor Bin Mohamad Jaya
  11. Dr Abdullah Sudin Bin Ab Rahman
  12. Dr Abu Zaki Bin Ismail
  13. Dr Achmad Dzariean Bin Mohd Nadzri
  14. Prof Madya Dr Adi Yasran Bin Abdul Aziz
  15. Prof Madya Ts Dr Adzhar Bin Kamaludin
  16. Dr Ahmad Bin Yussuf
  17. Dr Ahmad El-Muhammady Bin Muhammad Uthman El-Muhammady
  18. Dr Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid
  19. Dr Ahmad Irdha Bin Mokhtar
  20. Prof Madya Ts Dr Ahmad Naim Bin Ahmad Yahaya
  21. Dr Ahmad Najib Bin Abdullah
  22. Prof Ir Dr Ahmad Razlan Bin Yusoff
  23. Prof Madya Dr Ahmad Shukri Bin Muhammad Noor
  24. Dr Ainul Hakimah Binti Karim
  25. Dr Alihanafiah Bin Norasid
  26. Prof Madya Dr Amini Amir Bin Abdullah
  27. Prof Madya Dr Aminurraasyid Bin Yatiban
  28. Dr Amir Aatieff Bin Amir Hussin
  29. Prof Datuk Dr Amir Hussin Bin Baharuddin
  30. Dr Anang Hudaya Binti Muhamad Amin
  31. Prof Madya Dr Anuar Shah Bin Bali Mahomed
  32. Prof Madya Dr Arba’ie Bin Sujud
  33. Dr Asyiqin Binti Ab Halim
  34. Dr Azizah Binti Husin
  35. Dr Azizi Bin Umar
  36. Dr Azza Jauhar Binti Ahmad Tajuddin
  37. Prof Emeritus Dr Barjoyai Bin Bardai
  38. Prof Madya Dr Berhanuddin Bin Abdullah
  39. Prof Madya Dr Che Hasniza Binti Che Noh
  40. Prof Dr Che Husna Binti Azahari
  41. Dr Che Mat Ali Bin Abd. Ghani
  42. Dr Che Mohd Zaid Bin Yusof
  43. Prof Madya Dr Dayang Maryama Binti Ag Daud
  44. Prof Madya Dr Eris Elianddy Bin Supeni
  45. Dr Faizuri Bin Abd Latif
  46. Dr Fakhrorazi Bin Ahmad
  47. Prof Madya Dr Fazli Bin Mohd
  48. Dr Ghazali Bin Zainuddin
  49. Dr Hailan Bin Salamun
  50. Prof Ir Dr Hairul Azhar Bin Abdul Rashid
  51. Dr Hanif Bin Md Lateh @ Junid
  52. Dr Hasbullah Bin Mohamad
  53. Prof Emeritus Dato’ Dr Hashim Bin Yaacob
  54. Dr Hoo Kee Ping
  55. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Bin Abu Shah
  56. Prof Emeritus Dato’ Dr Isahak Bin Haron
  57. Prof Dr Ishak Bin Saat
  58. Dr Iskandar Hasan Tan Bin Abdullah
  59. Dr Ismail Bin Ibrahim
  60. Dr Kamarul Ariffin Bin Ithnan
  61. Prof Madya Dr Kamarul Ariffin Bin Noordin
  62. Dr Kamarul Azman Bin Khamis
  63. Dr Kamarul Zaman Bin Haji Yusoff
  64. Prof Madya Dr Kamarulzaman Bin Abdul Ghani
  65. Prof Madya Dr Kamaruzaman Bin Noordin
  66. Prof Dr Kamaruzzaman Bin Yusof
  67. Prof Datuk Dr Kasim Bin Hj Md Mansur
  68. Dr Khadher Bin Ahmad
  69. Dr Khairuddin Bin Md Isa
  70. Prof Dr Khairuddin Bin Omar
  71. Dr Linamalini Binti Mat Nafi
  72. Dr Lokmal Hakim Bin Che Hassan
  73. Dr Low Yong San
  74. Dr Mansor Bin Ahmad
  75. Prof Dr Mansor Bin Mohd Noor
  76. Prof Madya Dr Mansor Bin Sulaiman
  77. Dr Mashitah Binti Mohd Udin
  78. Dr Mas Juliana Binti Mukhtaruddin
  79. Prof Dr Masran Bin Saruwono
  80. Ar Dr Mastor Bin Surat
  81. Prof Madya Dr Mazlan Bin Ibrahim
  82. Prof Madya Dr Mohad Anizu Bin Mohd Nor
  83. Prof Madya Dr Mohamad Amran Bin Mohd Salleh
  84. Prof Madya Dr Mohamad Faisol Bin Keling
  85. Dr Mohamad Ghozali Bin Hasan
  86. Dr Mohamad Hilmie Bin Mat Daud
  87. Dr Mohamad Saleeh Rahamad
  88. Ir Dr Mohammad Effendy Bin Yaacob
  89. Dr Mohammad Tawfik Bin Yaakub
  90. Dr Mohd Adnin Bin Hamidi
  91. Prof Madya Dr Mohd Afandi Bin Mat Rani
  92. Dr Mohd Al’ikhsan Bin Ghazali
  93. Dr Mohd Alwee Bin Yusoff
  94. Dr Mohd Ashrof Zaki Bin Yaakob
  95. Dr Mohd Asri Bin Che Ibrahim
  96. Dr Mohd Azhar Bin Abdullah
  97. Dr Mohd Bakhit Bin Haji Ali
  98. Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Bin Mohd Rani
  99. Dr Mohd Faisal Bin Abdul Khanan
  100. Prof Madya Dr Mohd Fauzi Bin Hamat
  101. Dr Mohd Fuad Bin Mohd Salleh
  102. Dr Mohd Hafiz Bin Jamaluddin
  103. Prof Madya Dr Mohd Hanif Bin Yaacob
  104. Dr Mohd Hapiz Bin Mahaiyadin
  105. Dr Mohd Hazri Bin Mohd Rusli
  106. Dr Ts Ir Mohd Hilmi Bin Othman
  107. Prof Dr Mohd Kamarulnizam Bin Abdullah
  108. Prof Madya Dr Mohd Mahadee Bin Ismail
  109. Prof Madya Dr Mohd Muhiden Bin Abd Rahman
  110. Prof Madya Dr Mohd Nazir Bin Md Zabit
  111. Prof Madya Dr Mohd Nazree Bin Derman
  112. Prof Madya Dr Mohd. Noor Bin Mat Yazid
  113. Dr Mohd Nor Bin Husin
  114. Dr Mohd Norhusairi Bin Mat Hussin
  115. Prof Dato’ Ir Ts Dr Mohd Rizon Bin Mohamed Juhari
  116. Dr Mohd Roshdi Bin Hassan
  117. Datuk Dr Mohd Noh Bin Dalimin @ Dolimin
  118. Ir Dr Mohd Norshahrani Bin Abdul Rahim
  119. Prof Madya Dr Mohd Nuri Al Amin Bin Endut
  120. Dr Mohd Ramizu Bin Abdullah @ Zakaria
  121. Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah
  122. Prof Dr Mohd Roslan Bin Mohd Nor
  123. Dr Mohd Syakir Bin Mohd Rosdi
  124. Ts Dr Mohd Zafran Bin Abdul Aziz
  125. Prof Madya Dr Mohd Zahuri Bin Khairani
  126. Dr Mohd Zaidi Bin Daud
  127. Kol Prof Madya Dr Mohd Zaini Bin Salleh (B)
  128. Prof Madya Dr Mohd Zaki Bin Hamzah
  129. Dr Mohd. Faizal Bin P. Rameli
  130. Prof Dr Mohd. Sahandri Gani Bin Hamzah
  131. Dr Muhamad Zuhairi Bin Sulaiman
  132. Prof Madya Datuk Dr Muhammad Bin Hussin
  133. Prof Madya Dr Muhammad Bin Ibrahim
  134. Dr Muhammad Azrul Bin Zabidi
  135. Dr Muhammad Ikhlas Bin Rosele
  136. Dr Muhammad Khair Bin Noordin
  137. Dr Muhammad Rusdi Bin Ab. Majid
  138. Prof Madya Dr Muhammad Saiful Haq Bin Hussin.
  139. Prof Madya Dr Muhammad Sharfi Bin Najib
  140. Dr Muhd Imran Bin Abd Razak
  141. Dr Muhd Fauzi Bin Mohd Jani
  142. Prof Madya Dr Mus Chairil Bin Samani
  143. Dr Mustafa Bin Ahmad
  144. Prof Madya Dr Mustaffa Bin Abdullah
  145. Dr Najahudin Bin Lateh
  146. Dr Nasrul Hadi Bin Johari
  147. Prof Madya Ir Dr Nawal Aswan Bin Abdul Jalil
  148. Prof Madya Dr Nazarudin Bin Zainun
  149. Dr Nik Mawardi Bin Mohamed
  150. Dr Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah
  151. Dr Nik Noorkhairulnissa Binti Nik Hassan
  152. Prof Madya Dr Nik Yusri Bin Musa
  153. Dr Nizar Bin Abd Manan
  154. Dr Noor Azli Bin Muhamed Masrop
  155. Prof Ts Dr Noor Maizura Binti Mohamad Noor
  156. Dr Noorhaslinda Binti Kulub Abd Rashid
  157. Dr Nor Azian Binti Hj Ab Rahman
  158. Prof Madya Dr Nor Hafizi Bin Yusof
  159. Dr Nor Hazrul Bin Mohd Salleh
  160. Dr Norazuwana Binti Shaari
  161. Prof Madya Dr Nordin Bin Jamaludin
  162. Dr Nordin Bin Sakke
  163. Dr Norfazila Binti Abdul Hamid
  164. Prof Madya Dr Nur Nafhatun Binti Md Shariff
  165. Dr Nurul Akma Binti Mohamed
  166. Prof Madya Dr Omrah Bin Hassan @ Hussin
  167. Prof Madya Dr R Sivaperegasam P Rajanthiran
  168. Prof Madya Dr Rahimah Binti Embong
  169. Dr Rahimi Binti Abidin
  170. Dr Rafidah Binti Azli
  171. Dr Rafidah Binti Hasan
  172. Dr Raja Hisyamudin Bin Raja Sulong
  173. Dr Raja Jamilah Raja Yusof
  174. Prof Madya Dr Ratnaria Binti Wahid
  175. Dr Razali Bin Muda
  176. Dr Rofishah Binti Rashid
  177. Prof Madya Dr Rohani Binti Abdul Ghani
  178. Dr Rohayu Binti Maaru
  179. Dr Rosfazila Binti Hj. Abd Rahman
  180. Prof Madya Dr Rusdi Bin Omar
  181. Dr Saifulah Bin Samsudin
  182. Prof Dr Sakri Bin Ibrahim
  183. Dr Salman Bin Zainal Abidin.
  184. Dr Samsudin Bin Wahab
  185. Dr Salmah Binti Karman
  186. Prof Madya Dr Saupi Bin Man
  187. Dr Shahrudin Bin Awang Nor
  188. Prof Dr Shamrahayu Binti Ab Aziz
  189. Dr Shazli Ezzat Bin Ghazali
  190. Dato’ Prof Dr Sheikh Hussin Bin Ab Rahman Al Amudi
  191. Prof Madya Dr Shukeri Bin Mohamad
  192. Dr Siti Aisyah Binti Samudin
  193. Dr Suharmili Binti Rosle
  194. Prof Emeritus Datuk Dr Sukiman Bin Sarmani
  195. Dr Suzilawati Binti Muhamud
  196. Dr Syarbaini Bin Ahmad
  197. Dr Syed Agil Bin Syed Ahmad
  198. Dr Tengku Putri Norishah Binti Tengku Shahriman
  199. Dr Tuan Mohd Sapuan Bin Tuan Ismail
  200. Dr Tuan Sidek Bin Tuan Muda
  201. Prof Madya Dr Uswatun Hasanah Binti Zaidan
  202. Dr Uzaimah Binti Ibrahim
  203. Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Bin Hashim @ Wan Husain
  204. Prof Emeritus Dato’ Dr Wan Hashim Bin Wan Teh
  205. Prof Madya Dr Wan Iryani Binti Wan Ismail
  206. Dr Wan Mat Bin Sulaiman
  207. Dr Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik
  208. Prof Dr Wan Mohtar Bin Wan Yusoff
  209. Dr Wan Nasyrudin Bin Wan Abdullah
  210. Dr Wan Rohani Binti Wan Mokhtar
  211. Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Bin Wan Ali
  212. Dr Yusni Zaini Binti Yusoff
  213. Dr Zahrul Akmal Bin Haji Damin
  214. Dr Zaidi Bin Abdul Rahman
  215. Dr Zainuddin Bin Omar
  216. Prof Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin
  217. Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Bin Abdul Rashid
  218. Prof Dr Zulfadzli Bin Yusoff
  219. Prof Dato’ Dr Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff
  220. Dr Zulfirdaus Bin Zakaria
  221. Dr Zuraidah Binti Zan
  222. Prof Madya Dr Zuraini Binti Mat Issa

Kami dimaklumkan bahawa lebih ramai lagi sebenarnya pemegang ijazah PhD yang mahu bersama-sama dengan kami di dalam menyokong kenyataan ini kerana ia tidak lain tidak bukan adalah penzahiran hasrat majoriti terbesar rakyat negara ini.

Yang menyembah maklum,

PROF DR MOHD ROSLAN MOHD NOR
Presiden, Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) – HARAKAHDAILY 12/1/2021