Kenapa tidak ternak babi di kawasan pemakan babi?

- Advertisement -

SAYA merasa hairan, boleh dikatakan saban minggu kita disajikan dengan berita, pencemaran najis babi, yang memberi kesan kepada air (sungai), udara (bau), manusia (ketidakselesaan) yang sebagainya. Dalam kata lain, penternakan babi telah memberikan kesan yang sangat tidak baik, terhadap alam dan manusia. Paling pelik dan menghairankan, kenapa tidak ada tindakan dan terus dibiarkan berleluasa?

Rintihan dan aduan ini bukan baharu, tetapi telah berlaku sekian lama. Boleh dikatakan berlaku di setiap negeri, terutama Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan sebagainya. Bagi Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, isu pencemaran najis babi di Sungai Kereh akibat longgokan najis babi yang mengalir dari ladang di Kampung Selamat yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari sini, sejak tahun 1980 hingga kini, bukan isu baharu tetapi telah bertapak lama.

- Advertisement -

Negeri ini diperintah ultra kiasu. Kenapa mangsakan orang yang tidak makan babi dengan menternak berdekatan dengan kampung dan sungai mereka. Apa di sebalik semua ini sehingga tidak ada tindakan dan penguatkuasaan undang-undang dibuat? Malah terus berleluasa. 

Seperti harapan penduduk di sana dan negeri lain, sudah sampai masanya, pertama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut yang berkemungkinan melibatkan faktor ‘orang dalaman’. Pencemaran Sungai Kereh sebab perkara ini sudah berpuluh tahun (40 tahun), berpunca dari ladang babi dan juga bahan kimia kilang.

Menurut penduduk di sana, ketika musim kemarau, keadaan amat serius, bau amat kuat, bercampur najis babi dan bahan kimia dari kilang. Pencemaran najis babi ini turut memberikan kesan kepada sawah padi disebabkan air sungai yang tercemar itu turut memusnahkan hasil tanaman padinya. Petani mengalami kerugian ribuan ringgit. Tidak ketinggalan penyakit kulit, gatal-gatal, akibat babi-babi ini. Babi ini makhluk Allah, ia tidak bersalah. Penternak babi yang bersalah. Tindakan mesti diambil. 

Untuk makluman, sebelum penternakan babi ini, ketika Sungai Kereh belum tercemar pada awal 1970-an, sungai itu lubuk rezeki untuk penduduk setempat mencari rezeki kerana banyak udang galah. Kini, aktiviti menangkap dan menjual udang galah tidak lagi dapat dilakukan. Inilah angkara penternak babi yang sengaja melakukannya. 

Kedua, semua pihak mesti bersatu hati mengambil tindakan. Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Kesihatan, Pejabat Tanah dan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Veterinar dan sebagainya. 

Begitu banyak agensi kerajaan terlibat, kenapa masih tidak dapat diselesaikan? Paling kurang pun, pindahkan ladang ternak babi ke kawasan pemakan babi.

Pemakan babi tidak ramai, termasuk ada sebahagian orang Cina tidak makan babi, tetapi babi terlalu banyak diternak. Siapa lagi yang makan, kalau bukan untuk tujuan eksport. TIdakkah kita merasa malu, sebuah Negara Islam menjadi pengeksport babi, bukannya kambing dan lembu.

Ketiga, kajian rapi hendaklah dibuat kenapa penternakan babi biasanya dibuat di kawasan majoriti Melayu. Begitu juga dengan kubur-kubur mereka seperti di Semenyih. Kenapa tidak di kawasan mereka. Begitu juga, kenapa sebuah Negara Islam perlu menternak menjadi begitu banyak babi, berbanding, lembu dan kambing. Bukan tidak boleh ternak, tetapi berpada-pada dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Keempat, sekian lama, tinggal dalam Negara Islam. Kenapa ultra kiasu ini tidak pernah cuba memahami sensitiviti orang Melayu (Islam) mengenai babi. Begitu juga dengan filem bertajuk babi. Bukan soal filem yang menjadi masalah sangat, tetapi, perkataan babi dan gambaran babi. 

Orang Melayu usahkan babi, melihat babi pun, kalau boleh dia cuba memaling atau menjauhkan diri. Memanglah persepsi ini salah. Tidak ada salah dengan babi, kerana babi adalah juga makhluk Allah, tetapi itulah cara nak mengenali dan memahami orang Melayu. Tengok lori babi lalu pun dia tidak suka atau tidak selesa.

Saya tidak percaya ultra kiasu tidak faham soal ini. Tetapi sengaja untuk menguji. Kesabaran orang Melayu ada had. Jika ultra kiasu terlalu obses dengan babi, peluk ciumlah babi itu setiap hari berdekatan dengan rumah. Kenapa orang Melayu mesti dihadapkan dengan semua masalah ini.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 30/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -