Yahudi, Israel dan Yahudi Israel (4)

- Advertisement -

PENGANUT agama Yahudi yang mengamalkannya ketika ditanya Ben Gurion syarat untuk menerima pembentukan negara haram Israel memberikan 4 syarat?:

(a) Sembelihan perlu dilakukan secara halal (koshner) bukan haram (tarif).
(b) Urusan peribadi seperti perkahwinan dilakukan mengikut agama Yahudi.
(c) Golongan beragama (Haredim) dikecualikan dari tentera dan,
(d) Hari Sabtu adalah hari cuti.

- Advertisement -

Puak Haredim ini mengamalkan sistem yang ketat pada hari Shabat (Sabtu) sampai ke tahap tidak boleh memegang apa-apa peralatan elektrik.

Orang Yahudi juga mempercayai bahawa mereka diutuskan untuk membawa cahaya kepada alam dengan istilah ‘tikkun olam’, khususnya kepada kelompok bukan Yahudi ‘Goyim’.

Antara kekuatan utama Yahudi ialah mempunyai kepimpinan yang jelas, di mana pilihan raya pertama dibuat sejak sebelum pembentukan Israel lagi pada tahun 1897 di Basel Congress, kemudian pemilihan kepimpinan yang memimpin pembentukan Israel pada tahun 1920. Di masa sama di Palestin, orang Islam berpecah sejak awal melalui perebutan kuasa keluarga Nashashibi dan Al-Husaini.

Rahsia kekuatan Yahudi juga ialah ekonomi dan kewangan yang sangat kuat. Antara puncanya ialah pendidikan bersedekah sejak kecil melalui pembentukan kotak sedekah di rumah yang diberi nama kotak ‘tzedekah’ atau ‘pushke’. Derma digunakan untuk membangunkan Israel dan menjaga kebajikan sesama mereka. Umat Islam juga boleh menjadi kuat dengan membantu sesama umat khususnya di Gaza.

“Tak Kenal Nak Lawan Macam Mana”

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 28/12/2020

- Advertisement -