Yahudi, Israel dan Yahudi Israel (3)

- Advertisement -

KALAU kita dengar Bahasa Hebrew kita selalu akan dengar huruf ‘kha’. Huruf kha ini sebenarnya huruf ‘ha’ (ه  tebal dalam Bahasa Arab) tetapi ia tidak boleh disebut oleh Yahudi Ashkenazi (Yahudi dari Eropah). Justeru majoriti penduduk Israel (baca: Palestin Dijajah) menyebut ‘ha’ sebagai ‘kha’ supaya dianggap berasal dari kalangan elitis Ashkenazi. Ini termasuk golongan Yahudi Sephardim yang boleh melafazkan ‘ha’ kerana datang dari Negara Arab.Yahudi pun nak nampak ala-ala kayangan. 

Maksud nama Negara Israel (yang asalnya adalah nama lain bagi Nabi Yaakub A.S) ialah dua perkataan Isra’ – Naik, diangkat ke atas dan El iaitu kepada Tuhan. Maknanya Israel – Dibawa naik kepada Tuhan.

Gaza disebut di dalam Kitab Taurat sebagai ‘Azzah – dan disebut di dalam ayat yang bermaksud ‘Azzah, bumi yang celaka dan celakalah siapa yang tinggal di dalamnya’. Ayat ini antara sebab Zionis meninggalkan Gaza pada tahun 2005.

- Advertisement -

Disebabkan penduduk Israel datang dari 150 negara berbeza, mereka diikat dengan 4 elemen:

(a) Tentera di mana latihan ketenteraan adalah wajib untuk semua penduduk, 
(b) Sistem pendidikan, 
(c) Media dan, 
(d) Undang-undang yang tidak mengenal sesiapa pun. 

Bahasa Hebrew tidak dapat menjadi faktor pengikat kerana:

(a) Mereka yang berhijrah di usia tua tidak mampu mempejari Bahasa Hebrew dan,
(b) Masyarakat Israel tinggal secara berkelompok mengikut negara asal mereka dan susah berintegrasi.

Israel mengamalkan ‘jus sanguinis’ yang bermaksud kerakyatan diberikan berdasarkan keturunan (semua orang Yahudi dari mana sahaja akan diberikan kerakyatan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang) dan bukan jus soli(kerakyatan diberikan kepada semua yang lahir di dalam negara). Untuk memahami betapa rasisnya mereka, kalau sistem Israel dipraktis di Malaysia ini bermakna hanya orang Melayu yang emaknya Melayu akan diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Sekian.

“Tak Kenal Nak Lawan Macam Mana”

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 27/11/2020

- Advertisement -