Kerajaan PN utama kesejahteraan rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyifatkan Belanjawan 2021 menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menteri Besarnya, Dato’ Bentara Ahmad Yakob berkata, Kelantan turut mendapat manfaat khusus melalui bajet berkenaan.

Katanya, fokus Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur pengangkutan bakal meningkatkan sosio ekonomi rakyat di negeri itu.

Khususnya melibatkan penerusan pembinaan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dan pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu di bawah ECER, kata beliau.

- Advertisement -

“Saya yakin kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan memastikan semua projek yang diperuntukan di negeri ini dapat direalisasikan.

“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan di atas pembentangan Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’,” ujarnya di sini.

Katanya juga, rakyat pelbagai peringkat akan menikmati pelbagai bantuan termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar akibat kesan pandemik Covid-19.

Menurutnya juga, apa yang lebih membanggakan adalah agenda pembangunan Islam yang diperuntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi memartabatkan syiar Islam.

“Selain itu, peningkatan RM3.1 bilion kepada RM11.1 bilion dalam agenda pemerkasaan bumiputera menunjukkan usaha kerajaan untuk menyokong pembangunan bumiputera,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -