Belanjawan 2021: Tahniah Kerajaan PN – DUPNS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama’ PAS Negeri Selangor (DUPNS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di atas kelulusan Belanjawan 2021, semalam.

Ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat berkata, kelulusan Belanjawan 2021 merupakan gambaran jelas bahawa Kerajaan PN mampu mentadbir negara dengan baik walaupun ketika negara menghadapi situasi sukar membendung Covid-19.

Jelasnya, ternyata tindakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini adalah satu tindakan bijak dengan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, kata Rizuan, tindakan Yang di-Pertuan Agong bertindak tegas dan mempercayai kerajaan PN telah menyelamatkan negara daripada terjerumus ke kencah politik tidak menentu yang akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara.

Justeru itu, beliau mewakili Dewan Ulama’ PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada kerajaan PN di atas kejayaan merealisasikan titah Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya Ahli-ahli Parlimen Malaysia memberi sokongan padu pada Belanjawan 2021.

Baginda menitahkan supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan. –HARAKAHDAILY 27/11/2020

- Advertisement -