Semua petugas barisan hadapan terima ‘one-off’ RM300

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bantuan khas sebanyak RM300 akan diberikan secara ‘one-off’ kepada semua petugas hadapan termasuk anggota polis dan tentera.

- Advertisement -

Ia berikutan dalam pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini, hanya petugas barisan hadapan kesihatan sahaja akan menerima bantuan khas secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, tindakan itu merupakan hasil pertimbangan cadangan daripada ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan.

Justeru itu, kerajaan bersetuju untuk memanjangkan bantuan khas secara ‘one-off’ kepada semua petugas barisan hadapan lain sebanyak RM300.

Dalam pada itu, Zafrul berkata kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik program eBelia dengan meningkatkan jumlah daripada RM50 kepada RM100 secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun yang dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia.

Selain itu, kerajaan juga akan memanjangkan inisiatif kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -