Bajet 2021 dekat di hati rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Belanjawan 2021 dianggap mencipta sejarah yang tersendiri di mana manfaat meliputi seluruh golongan sasar pelbagai peringkat rakyat di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, belanjawan tersebut juga begitu dekat di hati rakyat, mesra dan menghayati kesusahan mereka.

- Advertisement -

Jelasnya, dengan pengumuman belanjawan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam mendepani ekonomi, Covid-19 dan pelbagai cabaran lagi dilihat melegakan jiwa rakyat.

“Bajet ini antara yang meliputi seluruh golongan sasar dan saya sangat berterima kasih kerana Kementerian Pemgunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga antara yang mendapat banyak peruntukan kali ini.

“Lebih menggembirakan apabila ia menyentuh terus golongan sasar di bawah kementerian ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap pelbagai lapisan masyarakat menyokong belanjawan tersebut.

Katanya, melalui cara itu ia dapat membantu kerajaan membangunkan negara, meningkatkan ekonomi dan berbagai lagi peruntukan tambahan menerusi belanjawan 2021. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -