Anwar, Tun M dinasihatkan bersara sahaja

- Advertisement -

SIK: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar bersara dari terlibat dengan politik demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Demikian saranan Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanus Md Nor, ketika mempengerusikan sidang media di Sik Inn kelmarin.

“Saya yakin dengan ketiadaan dua tokoh ini (Tun M dan DSAI), politik negara akan menjadi bertambah baik dan aman,” katanya.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, politik Malaysia menjadi cacamerba dan rakyat hidup dalam suasana bercakaran angkara dua tokoh politik tersebut.

Permusuhan dan perebutan tampok pemerintahan yang bukan sahaja tercetus sekarang tetapi tatkala Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke empat lagi, mengheret rakyat ke kancah politik yang tidak menyenangkan.

“20 tahun lebih, pelbagai masalah timbul angkara dua pemimpin ini. Sewajarnya mereka tiada dalam lanskap politik Malaysia. Sudah tiba masanya masa depan negara dipimpin oleh orang lain,” jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu lagi.

Rakyat mengetahui kemelut politik negara mula goncang antara dua pemimpin parti politik itu sejak dahulu lagi. Walau pun mereka kini berada dalam satu kumpulan pakatan namun situasinya ibarat” tidur sebantal, mimpi lain-lain”.

Tiada sebab tampok pemerintahan Malaysia diserahkan kepada mereka atau mengembalikan semula kepada Pakatan Harapan (PH) sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet Perikatan Nasional (PN) mampu menerajui negara ini dengan baik.

Pandemik Wabak Covid-19 dapat dihadapi dengan baik. Walau pun rakyat terpaksa menghadapi survival norma kehidupan baru namun nasib mereka tidak dibiarkan begitu sahaja.- HARAKAHDAILY 12/6/2020

- Advertisement -