Xavier patut dikenakan tindakan

PAS Youth Chief Khairil Nizam Khirudin speaks during the 65th Muktamar in Kuantan June 23, 2019. Picture by Mukhriz Hazim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Persidangan Dewan Rakyat beberapa hari lalu adalah satu tindakan yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam Khirudin, langkah yang diambil YDPA itu tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak terutamanya pengamal demokrasi sistem perlembagaan.

“Ia semua dilakukan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan, jadi seharusnya tindakan boleh dikenankan kepada Ahli PArlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar kerana tidak menghormati YDPA, yang merupakan ketua kepada negara.

“Walaupun kita mengamalkan ‘west minster‘ punya sistem demkorasi, tapi perbezaan Malaysia dengan negara lain ialah kedudukan nombor satu dalam negara ini bukan Perlembagaan, tetapi yang tertinggi didalam negara ini adalah Raja.

“Raja mempunyai kuasa mutlak, iaitu berteraskan kepada sistem yang sedia ada hari ini,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Sebelum ini, tersebar satu rakaman video bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang mempertikaikan tindakan YDPA menangguh Sidang Parlimen dan menganggap tindakan tersebut sebagai tidak berguna.

Beliau menganggap tindakan itu bagi menutup ketakutan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya.

Bagaimanapun, antara sebab utama YDPA menangguhkan adalah kekhuatiran baginda terhadap keselamatan rakyat jelata berhubung pandemik Covid-19.

Untuk rekod, tindakan YDPA selari dengan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan, YDPA mempunyai hak dan kuasa untuk memberhentikan (memprorog) atau membubarkan Parlimen.

“Kita pemuda, kita sentiasa bersama dengan kerajaan, jadi dasar-dasar dan polisi kerajaan, mana yang terbaik dan selari dengan islam, kita akan mempertahankan dan kita akan kongsikan kepada rakyat.

“Kita harapkan pembangkang ini boleh menjadi check and balance kepada kerajaan, kalau kerajaan salah, wajiblah ditegur. Itulah maksudnya, rakyat akan memerhati perkara itu dan kita harapkan kita boleh bersatu khususnya dalam berdepan Covid-19,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -