Cari mekanisma rakyat boleh dapat air zam-zam

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan sewajarnya mencari satu mekanisma bagi memudahkan rakyat mendapatkan bekalan air zam-zam dan bukannya melarang penjualan di pasaran.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahaya berkata, sewajarnya kerajaan mengadakan perundingan dengan Arab Saudi bagi melantik syarikat tertentu bagi mengurus pembekalan air zam-zam ke Malaysia.

Katanya syarikat yang mendapat kebenaran membawa masuk air zam zam perlu meletakkan logo hologram untuk mengesahkan keasliannya.

“Air zam zam banyak kegunaannya bukan sekadar untuk diminum. Ia merupakan air terbaik di dunia dan juga digunakan tujuan perubatan,” katanya di sini.

Semalam Kementerian Kesihatan dalam kenyataan melarang penjualan air zam-zam dibenarkan di negara ini.

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian terbabit individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang. – HARAKAHDAILY 6/1/2020

- Advertisement -