Operasi Air AMAL Hulu Langat ke Semenyih

- Advertisement -

HULU LANGAT: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Hulu Langat telah menjalankan Misi Operasi Bantuan Air ke kawasan terjejas bekalan air disebabkan penutupan dan henti tugas Loji Rawatan Air Semenyih, semalam.

- Advertisement -

Inisiatif dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Hulu Langat itu telah memberi khidmat dengan dia kenderaan pacuan empat roda bersama 10 anggota ke Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra, di sini.

Jentera ini telah membawa bekalan air sebanyak 1,000 liter padu dan diagihkan kepada penduduk sekitar setelah mereka terjejas ekoran kejadian berulang terhadap loji rawatan berkenaan yang kali ini dikesan berlakunya pencemaran bau.

Menurut Pengarah Operasi Bantuan Air AMAL Hulu Langat, Ali Murad, para penduduk telah 3 hari terputus bekalan air di mana operasi tersebut khusus untuk menghantar keperluan air ke kawasan kritikal.

“Walaupun kapasiti tangki kecil (iaitu) hanya 1,000 liter dengan hanya dua tangki yang diletakkan di atas dua pacuan empat roda, kami harap usaha kecil ini mampu mengurangkan beban pengguna,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/12/2019

- Advertisement -