‘Anwar Menteri Kewangan paling gagal’ – CheguBard

CheguBard (Foto: Facebook Wan Sukairi Wan Abdullah).
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: “Anwar Ibrahim ini adalah Menteri Kewangan paling bodoh,” kata Aktivis, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian mengkritik keadaan ekonomi negara yang dilihat semakin teruk di bawah pentadbiran semasa.

“Hari ini keadaan ekonomi kita sangat teruk. Mula-mula saya nak cakap ni kamu Melayu, kamu Islam, kamu apa bangsa sekalipun keadaan ekonomi kita punah saudara punah. Tiba-tiba disalahkan perang. Perang salah tapi hakikat sebenar realiti kehidupan itu, negara ini sedang disalah uruskan. 

“Saya nak bagi tahu benda satu je. Anwar Ibrahim ini adalah Menteri Kewangan paling bodoh sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu program Ceramah Perdana Rakyat Bangkit di perkarangan Waterfront, Pulau Kambing, di sini.

Menurutnya, Malaysia bukan negara sosialis atau komunis, sebaliknya mengamalkan sistem pasaran bebas yang memerlukan kerajaan memainkan peranan aktif ketika krisis ekonomi berlaku.

“Bacalah sejarah dunia. Bila jadi krisis ekonomi, Malaysia bukan negara sosialis. Malaysia bukan negara pengurusan ekonomi secara komunis di mana kerajaan memegang kekayaan semua dan berkuasa untuk meragihkan pada rakyat secara sama rata.

“Malaysia mengamalkan sistem yang sistem pasaran bebas laissez-faire (tanpa campur tangan kerajaan) yang di mana ekonomi berjalan mengikut pasaran market. 

“Saudara, teori ekonomi, budak semester satu mengaji ekonomi akan faham apa? Bila jadi krisis ekonomi, cabaran ekonomi, tentangan ekonomi, kerajaan harus membuka ruang, memberi suntikan rangsangan malah membuka projek-projek besar supaya rakyat boleh terus berbelanja dan enjin market ekonomi tu boleh berpusing dan berfungsi dengan baik, itu asas ekonomi. 

“Pasaran terbuka. Masalah bila kita ada ahli sastera bahasa Melayu pegang dekat menteri ekonomi jahanam,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan kerajaan yang menekankan kempen berjimat cermat adalah tidak sesuai kerana boleh menjejaskan pergerakan ekonomi domestik.

Dasar kerajaan termasuk kempen bekerja dari rumah (WFH) dan pengurangan hari bekerja di sektor tertentu, menurutnya memberi kesan kepada peniaga kecil di kawasan sekitar bangunan pejabat.

“Saya tak tahu dia nak timbulkan ilusi, ketakutan pada rakyat supaya melupakan janji-janji. Hari ini kita perintah besok minyak turun.. Oh kita tiba-tiba lancar apa? Lancar WFH. Ini gila apa ni saudara? 

“Kita ada ancaman sehingga WFH? Tak ada. Kita tak ada ancaman. Nak jimat minyak nanti orang lain beli minyak. Saudara, kita ada masalah bekalan. Kalau kita ada masalah bekalan, kenapa Malaysia menggunakan kouta dan peluang Malaysia untuk membekalkan minyak ke Filipina?

“Untuk membekalkan minyak kepada negara-negara lain? Maksud dia kita tak ada masalah bekalan. Habis WFH ni untuk apa? WFH ni adalah kerana kegilaan dan kebangangan menteri ekonomi yang menguruskan kewangan Malaysia ini.

“Dia fikir bila dia takutkan rakyat, dia suruh rakyat simpan duit. Apa nasib ekonomi paling stuck sekali dekat bawah? Orang di bawah. Saudara, WFH. Pejabat kerajaan bekerja kurang dua hari. 

“Apa nasib mak cik jual nasi lemak depan pejabat kerajaan, depan pejabat daerah. Dia membuat keputusan bercakap tanpa berfikir dan tanpa tahu pengurusan ekonomi dan lebih malang,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2026

- Advertisement -